13 Oktober 2011

Bantuan Rakyat RM500 Diagihkan Mulai Januari 2012

Pemimpin dan rakyat masih lagi membicarakan tentang isu-isu berkaitan Bajet 2012. Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan pastinya ternanti-nanti pengagihan Bantuan Rakyat secara 'One Off' yang berjumlah RM500.00.

Untuk memperolehi bantuan tersebut nama ketua keluarga mestilah terdapat di dalam pengkalan data LHDN. Rakyat yang tidak mempunyai rekod di LHDN diminta untuk mengisi Borang e-Kasih.

Adakah orang bujang layak dengan bantuan ini? Saya rasa macam tak aci sahaja bila dibandingkan dengan keluarga yang mempunyai ramai anak. Saya harap biarlah keluarga yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini dengan mengambil kira ahli keluarga yang terpaksa ditanggung.



Saya secara jujurnya mengakui tidak layak menerimanya. Anda pula bagaimana? Adakah anda (lebih tepat lagi keluarga anda) layak menerima Bantuan Rakyat RM500 ini?

-------------------------------------------------------------

Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober, 2012..

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

Sumber: BERNAMA

5 comments:

Nurul Ashikin berkata...

lhdn yang kasi... sah x lepas

Unknown berkata...

bagus pemberian sebegini..
at least dapat gak membantu golongan miskin,

ChocStrawberries berkata...

bgus la buat bende2 cmni.. tp kene mke sure org yang benar2 layak dpt..

cik jannah berkata...

kasi la kat betul2 leh dapat.

Baity SweetOuju berkata...

mmg tk layak sbb kami berdue keje, dan household income melebihi aper yg ditetapkan, apapn sy bersetuju dgn pendapat kamu, biarlah yg betul² layak saja yg enjoy benefit nih..