Nuff Atas

23 Disember 2011

SMS Untuk Semak Keputusan PMR

Tahniah kepada calon PMR 2011 yang beroleh kejayaan cemerlang.



Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 diumumkan pada Khamis (22/12/2011). Calon mula mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari tersebut.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis (22/12/2011) hingga 12 tengah malam Rabu (28/12/2011). Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian pada tahun ini meningkat sebanyak 0.75 peratus berbanding tahun 2010. Pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata berbanding GPN yang dicatatkan pada 2010 iaitu 2.74.

Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun 2011. Pencapaian calon berkeperluan khas pula menunjukkan peningkatan dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding lima orang pada tahun 2010.

Bagi mata pelajaran Matematik, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun 2010 kepada 30.2 peratus pada tahun 2011. Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun 2011.

Sumber Maklumat: Bernama, Kosmo dan Utusan.

1 comments:

c'axoera berkata...

kemudahan sekarang makin canggih kan :)