Pages

28 November 2012

Khasiat Tersendiri Buah-Buahan Tempatan



BUAH-BUAHAN dari luar negara selalu dibandingkan dengan buah-buahan tempatan. Namun, tahukah anda bahawa buah-buahan tempatan juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Jadikan memakan buah-buahan satu amalan kerana ia penuh dengan khasiat kesihatan buat anda semua.

Berikut antara 10 buah-buahan tempatan yang boleh diperoleh di negara kita berserta dengan khasiatnya buat anda semua.

*  Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
*  Mengandungi antioksidan
*  Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
*  Baik untuk jantung


*  Membantu dalam pemulihan luka.
*  Memberi sumber tenaga yang segera.
*  Mampu mengatasi masalah sembelit
*  Merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah yang mencegah anemia

*  Menurunkan kadar kolesterol dan glukosa dalam darah
*  Menjadi bahan antioksidan yang berkesan
*  Membaiki kulit dan mencegah masalah kulit
*  Mencegah daripada sembelit

*  Membantu melegakan batuk dan selsema
*  Membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan kardiovaskular
*  Biji tembikai ialah sumber protein yang baik
*  Meningkatkan sistem antibodi untuk mengelak sebarang penyakit

*  Mengawal tekanan darah
*  Memberi tenaga pada tubuh
*  Membantu untuk membina tulang yang sihat
*  Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.

*  Membantu untuk menghalang pembentukan plak.
*  Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.
*  Membantu menurunkan tekanan darah.
*  Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.

*  Berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.

*  Buah ini mengandungi enzim yang menenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

*  Kandungan asid glutamik yang tinggi dalam buah mangga mampu meningkatkan daya ingatan.
*  Mengambil mangga sebagai diet dapat membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat

*  Sesuai untuk dimakan oleh penghidap penyakit kencing manis dan penghidap penyakit tekanan darah tinggi serta radang gusi.

*  Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot.

*  Membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

*  Manggis mampu menyembuhkan sekaligus mencegah penyakit kanser seperti kanser paru-paru, hati, usus dan lain-lain.

*  Menghalang tumbuhnya sel-sel pada penyakit leukemia.
*  Dapat mencegah beberapa penyakit kronik seperti diabetes, kanser, jantung dan beberapa penyakit lain.
*  Mengurang tekanan darah tinggi.
*  Mampu menurunkan kadar kolesterol.

*  Mengatasi penyakit batu ginjal.
*  Memberi tenaga pada badan.
*  Merawat buasir.
*  Mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan sangat baik untuk mengatasi masalah sembelit.

*  Rambutan mampu merawat penyakit kencing manis melalui bijinya yang dikupas, digoreng dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam untuk diminum.

*  Dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.
*  Kulit rambutan boleh digunakan untuk proses merawat demam.
*  Daun rambutan boleh mengurangkan masalah rambut beruban.
*  Kayu pokok rambutan pula digunakan untuk merawat ulser.

Sumber: Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.