13 November 2012

Merakam Imej Hantu Dengan Telefon Bimbit

Pada hari Khamis 8/11/2012, akhbar Kosmo telah menyiarkan gambar berikut dalam tajuk berita 'Jururawat rakam imej hantu'


IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta di Melaka.

Jururawat tersebut dikatakan terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di Melaka pada 25 Oktober, 2012.

Mungkin ada di antara anda kalangan pembaca yang mempercayai berita tersebut. Saya juga yakin ramai juga di kalangan pembaca yang tersenyum lebar sambil menggeleng-gelengkan kepala kehairanan kerana gambar tersebut mendapat liputan akhbar.

Suatu ketika dahulu 'Uncle Seekers' dan kumpulannya cukup dikenali kerana keupayaannya merakamkan imej hantu. Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini merakamkan imej hantu dengan telefon bimbit bukan lagi sesuatu yang pelik dan mustahil. Yang pastinya anda semua mampu melakukannya.


Anda semua mampu melakukannya dengan syarat anda memiliki sebuah telefon bimbit pintar atau omputih kata 'smart phone'. Tak kisahlah dengan apa jenama pun. Orang sekarang kata sebarang gadget yang mempunyai Android. Antara jenama yang sangat popular kini adalah samsung galaxy termasuklah gadget tabletnya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah download aplikasi 'Camera 360' melalui aplikasi 'Play Store' yang terdapat dalam smart phone anda. Sebelum anda boleh menggunakan "Camera360' ini, applkasi ini perlu anda install terlebih dahulu.

Setelah semuanya tersedia, kini tibalah masa untuk menangkap gambar makhluk yang dikatakan hantu itu. Pilih effect 'Ghost' daripada senarai effect yang tersedia. Kemudian tangkaplah sebarang pemandangan atau objek yang terdapat di sekeliling anda.

Cuba anda perhatikan dengan teliti hasil daripada gambar-gambar yang anda tangkap atau rakam itu.

Adakah anda menemui imej makluk misteri itu?

Jika anda menemuinya, cuba bandingkan imej makhluk yang menumpang dalam gambar yang anda rakam tersebut dengan yang terdapat dalam gambar yang disiarkan oleh Kosmo.

Adakah imej tersebut berbeza??

Terserah kepada anda sama ada untuk mempercayai atau tidak tentang kewujudan hantu itu di persekitaran anda. Yang pastinya teknologi telah menjadikan anda seorang yang mampu merakamkan gambar hantu di mana-mana sahaja.

Kini tibalah masanya untuk anda pula menghebohkan kepada orang ramai tentang kejayaan anda menangkap gambar hantu. Cuma satu permintaan saya, tolong jangan hebahkannya di dalam akhbar. Cukuplah sekali akhbar menyiarkan imej makhluk tersebut yang telah dirakam dengan Smart Phone untuk pengetahuan umum.

Applikasi ini pada pandangan saya amat sesuai dan amat berkesan sekali untuk menghentikan tabiat anak-anak kita yang asyik merengek nak keluar malam, merengek setiap hari mengajak makan di KFC, Pizza Hut dan sebagainya serta macam-macam karenah lagi yang kita sangat letih untuk melayannya.

Tapi jangan cuba tangkap gambar makhluk tersebut di persekitaran dalam rumah anda terutama dalam bilik air. Bimbang nanti anak-anak anda akan lebih rela kencing dan buang air besar dalam seluar apabila tiada siapa yang sudi menemankan mereka ke tandas.

0 comments: