Nuff Atas

20 Mei 2013

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bukan Kementerian Barisan Nasional (BN)?


Khairy turut pelawa pembangkang

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempelawa semua pihak termasuk pemimpin sayap pemuda parti-parti pembangkang untuk memberi sebarang idea dalam mengembalikan kerukunan serta perpaduan nasional.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian yang diterajuinya itu bukan 'Kementerian Barisan Nasional (BN)' tetapi merupakan kementerian milik semua khususnya golongan belia.

"Sudah tiba masanya kita maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak disebabkan hal yang lepas.


"Yang lepas itu lepas dan kita kena berdepan dengan masa depan," katanya seperti dipetik dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Jelas beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO, kementerian itu juga akan membangunkan 'Bank Idea' untuk golongan muda bagi membolehkan mereka memberikan pelbagai idea kepada kerajaan.

Dalam hal itu ujarnya, perkara tersebut tidak hanya tertumpu kepada isu-isu berkaitan Kementerian Belia dan Sukan tetapi pelbagai isu.

Beliau turut meminta kakitangan kementerian supaya mengurangkan birokrasi dan protokol, dan pihaknya amat menghargai idea daripada semua peringkat termasuk kakitangan sokongan.

"Saya juga mahu kakitangan kementerian bertindak mewakili suara hati nurani golongan belia," tambahnya.

Khairy yang mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013 lalu dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam pengumuman Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Pelantikan beliau dilihat bertepatan dalam usaha mendekatkan golongan muda dengan kerajaan.

Sumber: Utusan [17052013]

p/s: Beginilah keperibadian yang sepatutnya sebagai seorang peminpin yang mewakili rakyat. Rakyat memilih peminpin sebagai wakil mereka yang diharapkan dapat berkhidmat dengan baik terhadap semua rakyat yang diwakilinya tanpa mengira bangsa, agama dan perbezaan parti.

Rakyat melihat dan menilai tindak tanduk pemimpin mereka. Keperibadian yang menarik barang tentu dapat menghindarkan sikap tidak puas hati, sakit hati dan benci di kalangan rakyat.

Jika rakyat menolak seseorang calon atau sesetengah parti tentu dengan bersebab. Maka muhasabah diri terlebih dahulu sebelum menyalahkan pengundi dan rakyat.

Kita tentu merasa kesal dengan pendirian sesetengah pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dengan sombongnya mengeluarkan kenyataan akan menghentikan sebarang bentuk bantuan di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Kenyataan sebegini tentunya akan dilihat terus menyuburkan kebencian rakyat terhadap peminpin tersebut. Kebencian tersebut sudah tentu bukan sahaja terus subur di hati pengundi yang tidak menyokongnya tetapi juga di kalangan pengundi yang menyokong kerana melihat diri mereka telah dipermainkan dan kebajikan mereka telah diabaikan.

Api sebaiknya bukan dilawan dengan api, tetapi sebaiknya dipadamkan dengan air.

Syabas buat Khairy Jamaluddin. Semoga sikap beliau yang sedemikian berkekalan dan sentiasa diperbaiki agar hati rakyat terpelihara sehingga sentiasa mekar subur dan berbunga. Semoga Khairy berjaya dengan bidang politik yang diceburinya.

2 comments:

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam,

untung sangat belia2 sekarang dapat menteri belia dan sukan baru yg masih muda..

MyFreeMinded berkata...

emmm.. macam nampak dia ni seorang yang berkarisma.. mudah2an majulah Sukan Di Malaysia ni...