29 September 2015

Rekod Tragedi Musim Haji (1987-2015)


Tragedi runtuhan kren

IBADAH haji merupakan Rukun Islam kelima dan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah haji di Mekah, Arab Saudi sekali seumur hidup, sekiranya berkemampuan. Ia merupakan perhimpunan keagamaan terbesar di dunia.

Namun sejak dua dekad lalu sahaja, banyak insiden yang melibatkan kematian jemaah berlaku ketika menunaikan ibadah haji haji di Mekah. Kebanyakannya akibat bilangan jemaah yang terlalu ramai.

Berikut ini dipaparkan beberapa tragedi ketika musim haji di tanah suci yang melibatkan kematian yang ramai sejak 1987.

14 September 2015

Fahami Hikmah Di Sebalik Kegagalan

SESEORANG yang gagal dalam peperiksaan seharusnya menanamkan sikap
SESEORANG yang gagal dalam peperiksaan seharusnya menanamkan sikap tidak jemu mencuba kerana gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya. ~ Gambar Hiasan ~

DEWASA ini kita sering mendengar berita tentang kejadian bunuh diri, amuk, kemurungan dan tidak kurang juga masalah mental. Kebanyakan kes sebegini dikaitkan dengan masalah iaitu kegagalan dalam hidup.

Terdapat banyak jenis kegagalan antaranya seperti kegagalan dalam rumahtangga, peperiksaan, percintaan, perniagaan, dalam mendapatkan tender dan projek, mendapatkan apa yang dicita-citakan dan lain-lain.

Secara amnya, setiap manusia akan diuji dengan kegagalan dalam hidupnya dan ia adalah sebahagian daripada asam garam hidup kita di dunia ini. Tahukah anda kegagalan itu suatu yang penting dalam hidup dan tidak semestinya kejayaan sahaja yang perlu dikecapi dan dinikmati.

12 September 2015

Wajah-Wajah Ceria Sambut Kehadiran Siaran TV Digital


Dekoder DTT

Projek pendigitalan sektor penyiaran nasional yang kini sedang dalam fasa ujian di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan Sabah seakan-akan membawa satu sinar baharu bagi sesetengah penduduk di daerah-daerah terbabit.

Apa tidaknya, mereka yang selama ini hanya dapat menonton beberapa saluran terestrial kini boleh menarik nafas lega kerana dalam sekelip mata mereka dapat menonton kesemua siaran televisyen percuma sedia ada dengan visual dan audio yang amat jelas dalam kualiti digital tanpa perlu membayar sebarang yuran langganan.

Sebelum ini, pilihan yang ada buat mereka hanyalah perkhidmatan televisyen berbayar dan bagi yang tidak berkemampuan, mereka terpaksa berpuas hati dengan siaran televisyen analog sedia ada biarpun siarannya kurang jelas malah ada juga sesetengah saluran yang siarannya langsung tidak dapat diterima di kawasan mereka.

11 September 2015

Istimewanya Isteri



SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca dalam akhbar dan media massa tentang keruntuhan rumahtangga masyarakat Islam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan bawahan malah golongan berada juga tidak dapat lari daripada permasalahan ini.

Ia juga tidak terhad dalam kalangan orang tidak mempunyai didikan agama malah kumpulan ini juga seringkali terjerat di dalam polemik ini.

Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat terhadap orang lain, tetapi sebahagian daripada kita alpa untuk mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita.

10 September 2015

Rahsia Ulam-Ulaman


Ulam Jering

Generasi muda yang tahu makan ulam-ulaman mungkin boleh dibilang dengan jari. Hal itu membuatkan diet harian masyarakat Melayu sejak dahulu itu semakin terhakis daripada kehidupan masyarakat hari ini.

Ada di antara mereka yang tidak menyukai rasa, bau, warna malah merasakan makanan seperti itu tidak mengikut trend sekarang yang lebih bergantug dengan makanan tambahan seperti vitamin, pemutih dan sebagainya.

Mereka sebenarnya tidak mengetahui rahsia yang terkandung dalam ulam-ulaman ini yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya.

09 September 2015

Serangan Terburuk El Nino Si Budak Kecil Di Penghujung 2015



KEADAAN udara yang teruk berjerebu di Putrajaya baru-baru ini menyebabkan Wahida Jamaluddin, 37, tidak berani keluar rumah tanpa mengenakan topeng muka.

Dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat, wanita tersebut khuatir cuaca panas serta kering itu akan memudaratkan kesihatannya sementelah pencemaran udara itu boleh mengundang penyakit berkaitan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, batuk dan selesema.

Keadaan ini pastinya bukan hanya membimbangkan Wahida tetapi turut membimbangkan anda semua yang juga merasai keadaan cuaca sedemikian.

08 September 2015

Masa Depan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran



SEPERKARA yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius pada masa ini ialah soal peningkatan jumlah kanak-kanak dan individu dewasa yang dikenal pasti (diagnosis) mempunyai pelbagai masalah berkaitan pembelajaran.

Pada 2002 sahaja, seramai 14,535 kanak-kanak menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam pelbagai ka­tegori, dan jumlahnya meningkat kepada 90,000 orang pada 2012. Lazimnya, statistik ini akan terus meningkat saban tahun, sejajar dengan peningkatan kadar kelahiran dan tahap kesedaran individu dan masyarakat.

07 September 2015

Korban Great Kanto Earthquake 1 September 1923


PEMANDANGAN bandar raya Tokyo yang terletak dalam wilayah Kanto pada hari ini.

MENGIMBAS peristiwa yang berlaku 92 tahun lalu, satu gempa bumi dahsyat menggegarkan wilayah Kanto yang terletak di Pulau Honshu, Jepun sehingga meninggalkan kesan kemusnahan yang dahsyat.

Tanggal 1 September 1923 pasti menjadi tarikh yang diingati. Manakan tidak, malapetaka itu telah me­ngorbankan ratusan ribu nyawa yang tanpa mengira latar status sosial mereka.

Gempa bumi yang diberi jolokan sebagai Gempa Kanto atau Great Kanto Earthquake itu dianggap sebagai gempa bumi paling kuat pernah melanda Jepun sehingga kesannya turut menjejaskan ibu negara Jepun, Tokyo.

06 September 2015

Kad Tebus Nilai Ganjaran Jayakan Pengasingan Sisa Pepejal Syarikat E-Idaman


Gambar Hiasan

Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal di Kedah dan Perlis, memperkenalkan satu cara bagi menggalak dan meningkatkan penyertaan awam dalam membantu mengurangkan sampah di tapak pelupusan sampah.

Mengambil inisiatif mewujudkan program Recycling For Life, ia sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan melaksanakan pengasingan sisa pepejal, sekali gus meningkatkan aktiviti 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula).

05 September 2015

Tapak Memorial Labuan dan Sambutan Hari Anzac



Tempat persemadian atau tanah perkuburan bukanlah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Begitupun, keadaan berbeza jika berkunjung ke Tapak Memorial Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Ia terletak di Jalan Tanjong Batu sejauh tiga kilometer dari bandar labuan.

Kawasan seluas lima hektar itu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Tapak Memorial Labuan merupakan tempat persemadian hampir 4,000 tentera Australia dan negara luar yang berjuang menentang tentera Jepun di Labuan pada Perang Dunia Pertama dan Kedua.

04 September 2015

Wanita Dalam Tempoh Edah Harus Tinggal Di Rumah Suami


PEREMPUAN kematian suami diwajibkan ihdad (berkabung) empat bulan 10 hari jika dia tidak hamil. Jika hamil, maka wajib ihdad sehingga melahirkan anak. - Foto hiasan 

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan 10 hari.
Kemudian apabila telah habis masa edahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak).
Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 234)

03 September 2015

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672): Bekerjasama Mengasing Sampah

DIHARAPKAN langkah mewajibkan pengasingan bahan buangan sisa pepejal
Pengasingan bahan buangan sisa pepejal di rumah sebelum dibuang ke dalam tong sampah memastikan imej lori sampah yang moden milik Emterra Environmental di Kanada sentiasa bersih.

BERKUATKUASA 1 September 2015, sejumlah 10 juta penduduk di beberapa negeri di Malaysia diwajibkan meng­asingkan bahan buangan sisa pe­pejal mengikut komposisi di rumah masing–masing sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Peraturan baharu mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) itu berkuat kuasa di negeri–negeri yang telah bersetuju untuk menerima pakai akta terbabit iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

02 September 2015

Kenali Personaliti Pasangan Anda Sejak Awal Bercinta


Pasangan masih boleh mengawal personaliti sebenar ketika bercinta kerana ketika itu mereka tidak diuji dengan cabaran hidup.– Gambar hiasan

Dalam beberapa minggu ini, kita dikejutkan dengan dua kisah suami yang mencederakan isteri.

Salah satunya membabitkan seorang wanita yang cedera parah di tangan kanan akibat ditetak suaminya dalam kejadian di Kampung Kubang Pisang, Rambai, Pendang, Kedah. Mangsa dilaporkan cuba menenangkan kemurungan yang dihadapi oleh suaminya.

Dalam satu lagi kes di Lahad Datu, Sabah, seorang wanita ditetak di leher oleh suaminya sehingga mati. Kedua-dua kes ini memberikan isyarat betapa konflik rumah tangga dan isu-isu psikologi yang berlaku dalam masyarakat begitu tragis dan menakutkan.