Pages

23 April 2011

Fikirkan Tentang Suatu Pemandangan.

Bila kali terakhir anda melukis?



Saya percaya sebahagian besar daripada kita melukis buat kali terakhir ketika di bangku sekolah. Kecuali kepada mereka yang kerjayanya adalah melukis.

Paling banyak aktiviti melukis kita adalah ketika di sekolah rendah. Apabila guru mata pelajaran tidak hadir ke sekolah kerana cuti atau berkursus, maka guru yang masuk menggantikan guru tersebut akan memberi sehelai kertas. Dan aktivitinya tidak lain dan tidak bukan adalah melukis dan mewarna.

Mari kita buat sedikit aktiviti. Untuk melaksanakan aktiviti ini anda perlukan sehelai kertas dan pastinya sebatang pensil atau pen. Dan kalau rajin lagi sediakan dengan pensil warna sekali.


Cuba anda fikirkan dan bayangkan satu pemandangan yang menarik hati anda. Setelah berpuas hati dengan pemandangan yang anda bayangkan itu, teruskan aktiviti anda dengan melukis pemandangan tersebut.

Saya tak tetapkan tajuk pemandangan apa yang anda patut lukis. Anda bebas untuk melukis apa bentuk pemandangan pun yang terlintas dalam fikiran anda sekarang ini.

Teruskan kerja anda sehingga selesai. Jangan skroll ke bawah melainkan anda telah selesai dengan lukisan anda itu.




















Jangan terkejut.....

Saya percaya berikut adalah antara contoh pemandangan yang ada dalam bayangan fikiran anda dan ianya juga adalah pemandangan yang anda akan lukis. Cuma bezanya pasti lukisan yang berikut ini jauh lebih cantik daripada lukisan anda.





















Adakah anda setuju dgn apa yang saya katakan?
Mengapa terjadi sedemikian?

P/S: Tajuk ini disambung dalam entri berikut:
Fikirkan Tentang Suatu Pemandangan (Bhgn 2)

8 ulasan:

  1. anak sop suka sgt mewarna.. sop yg jg pelukis.. dia color.. huhuh

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,ya saya setuju mmg itulah dlm kepala...mesti pemndgn kampung akan jd pilhan...sy menunggu entry akan datang hehe

    BalasPadam
  3. lukisan yang kedua tu cantik.. :)
    tak sabar nak tunggu sambungan entri ini...

    BalasPadam
  4. yana last melukis ting 3 masa buat folio ..hahah
    hurm..betul tue....

    hehe
    nk tgk smbungan!!!

    BalasPadam
  5. yup..nampaknya khalis kena tunggu sambungannya..sebab khalis mmg terbayang gambar camnila..mana tau ek?

    BalasPadam
  6. amni xreti nk melukiss..mewarna retila..^^

    BalasPadam
  7. salam..
    ha..
    same la ngn lkisan ana..
    tp x la cntik ana wat..
    yg pnting de air ngn pokok..
    hehe ^_^
    bile dah de entri baru,sile inform kat ana ye akhi ^_^

    BalasPadam
  8. Sori kengkawan. Belum berkesempatan menulis sambungan tajuk ini. Maklumlah blogger 'copy-paste'. Bab menulis entri sendiri ni memang lembab sikit...

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.