Pages

22 Mei 2011

Fenomena Aurora Borealis

Cuba lihat cahaya yang bersinar di langit pada waktu malam dalam rajah berikut. Sungguh cantik dan menakjubkan. Subhanallah...



Fenomena cahaya ini dinamakan sebagai 'Aurora Borealis'. Cahaya ini bukanlah statik, tetapi ia bergerak-gerak dengan bebas seolah-olah menari-nari di ruang atmosfera Bumi.

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub (Arctic dan Antarctic). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris").

Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut.

Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara (Northern Lights), dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April.

Fenomena aurora juga berlaku di kutub selatan, ianya dikenali juga sebagai aurora australis atau cahaya selatan (Southern Lights). Ia juga mempunyai sifat-sifat yang serupa sebagaimana aurora borealis. (Rujuk: Wikipedia)



Lagi gambar-gambar Aurora Borealis.



















Sumber Foto: Google Search.

6 ulasan:

  1. sangat cantik..subhanallah..indahnya ciptaan tuhan

    BalasPadam
  2. cantikk..ini rupanya aurora..
    indahnya ciptaan Allah..

    BalasPadam
  3. YA ALLAH CANTIKNYA.KALAU YAN DPT TENGOK,MEMANG TAK PNDANG KIRI KANAN DH :D

    BalasPadam
  4. uihh..memang syukur sangat kalau dapat tengok depan mata

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.