Pages

13 Julai 2011

Malaysia Vs Arsenal

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK
MENENTANG KELAB EPL
(Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Jelajah Asia Arsenal @ The Gunners 2011)




TARIKH: 13 JULAI 2011 (RABU)
MASA: 8.45 MALAM
VENUE: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Keputusan:
Arsenal (4) Vs Malaysia (0)
Jaringan Gol: Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky



NORSHAHRUL Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Arsenal, Traoe 
dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (Foto: BHarian).


Malaysia gagal menandingi permainan berseni dan berkemahiran tinggi Arsenal apabila tumpas 0-4 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa siri jelajah Asia Arsenal 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini adalah kunjungan kali ketiga pasukan itu ke Malaysia selepas tahun 1975 dan 1999.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama 'The Gunners' dalam siri Jelajah Asia 2011 pasukan dari England itu dan seterusnya dijadual menentang pilihan China iaitu Hangzhou Greentown pada Sabtu ini.

Untuk rekod, pada kunjungan pertama mereka ke negara ini, Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Datuk M. Chandran mengalahkan Gunners 2-0 menerusi jaringan Datuk Mokhtar Dahari pada 13 Mei, 1975 dan dua hari kemudian Isa Bakar menyumbangkan gol untuk mengikat Gunners 1-1.

Pada kunjungan kedua mereka pada 19 Mei, 1999, Gunners berjaya membalas dendam apabila menumpaskan Malaysia 2-0 menerusi jaringan Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit di Stadium Nasional di Bukit Jalil. (Rujuk: BERNAMA)

Nota Kaki:
Ramai peminat sukan bola sepak tertanya-tanya, kenapa tiada siaran langsung perlawanan tersebut di kaca televisyen. Diharap untuk perlawanan persahabatan dengan kelab EPL yang berikutnya diusahakan agar siaran langsung tersebut dapat dilihat di kaca televisyen.

4 ulasan:

  1. bestnye kalau dpt tgk kat bukit jalil..

    BalasPadam
  2. yehhh,dan pasukan arsenal dah smpai pun. xD

    BalasPadam
  3. Apapun syabas Pasukan Malaysia (pssss.....walaupun kekalahan tu dijangka...he..he)

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.