Pages

17 Oktober 2011

Apa Beza iPad Dengan Majalah?

Gosok ....
Jangan Tak Gosok ....


BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya.

Seorang bayi perempuan berusia setahun sudah pandai mengetik skrin komputer iPad milik ibunya tetapi apabila sebuah majalah diletakkan di hadapannya, dia menjadi keliru.

Anak kecil tersebut tidak faham mengapa gambar dalam majalah tidak bergerak seperti imej di skrin iPad apabila ditekan.

Telatah lucunya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube selepas ibunya menghantar rakaman klip video berkenaan yang disiarkan baru-baru ini.



Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia?

"Bagi anak saya, majalah adalah komputer iPad yang tidak berfungsi. Semua itu berlaku kerana Steve Jobs. Dia mungkin tidak berminat dengan buku apabila meningkat dewasa kelak," kata tulisan pada penghujung klip video berkenaan.

Sumber: Kosmo

5 ulasan:

  1. teknologi kadang2 lebih membawa perubahan negatif berbanding positif..

    BalasPadam
  2. Erm beza die, ipad klu tak topup, xle nak bace lebeh2. Sbb net xde :p

    Majalan beli skali, bleh bace byk kali smentara nk tgu edisi baru..

    Pendapat suke2 je :)

    BalasPadam
  3. HAHA .. foollow saya ... saya da foollow awk .. nk tinggal jjk kat shoubox p x leh nk tules !

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.