Pages

05 Oktober 2011

Lelaki Kahwin Lewat Berkebarangkalian Dapat Anak Kurang Bijak

Artikel ilmiah ini adalah hasil kajian berhubung dengan kelahiran anak-anak yang terjejas keupayaan inteleknya. Maksud terjejas keupayaan intelek di sini adalah anak-anak istimewa dari kategori bermasalah pembelajaran termasuk Autisme.

Harus diingat kajian ini tidak mengatakan bahawa 100% anak-anak terjejas keupayaan intelek berpunca daripada bapa yang lewat berkaitan. Sebagai seorang islam pula wajib percaya tentang Qada' dan Qadar Allah.



Usia bapa jejas keupayaan intelek kanak-kanak (Hasil Kajian Perubatan Genetik).

Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel.

Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit. Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.

Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang. br />
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.

Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik. – Agensi

Sumber: BHarian

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak” Kata Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar motivasi).

Sila Klik: Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam

6 ulasan:

  1. Salam bro...

    Umur berapa dikategorikan lambat berkahwin...?

    Orang puteh kata, 'life begins at 40'... kira umur 40 ke atas tu baru sesuai sangat jadi bapa...

    Emosi ibu bapa pengaruhi anak

    BalasPadam
  2. Semua nya ketentuan Allah...semua ni kajian manusia je kan bang...hehehe...Moral nya, kawin lah segera...hehehe

    BalasPadam
  3. hahahahha...gila stress kalau camni...dh la lambat kawen..kena plak ramalan camni...xper2...anak tu rezeki dr Allah swt =)

    BalasPadam
  4. Kalau ibu lewat usia lahirkan anak2 kurang bijak, biasa dengar tapi kalau bapa , tak pernah pulak dengar.Nampaknya bukan perempuan je kena kawin cepat, lelaki pun sama. :D

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.