Pages

13 Januari 2012

Mangga Cinta (Love Padlocks)


Love padlocks atau Love Locks atau Mangga Cinta adalah satu budaya yang tidak diketahui dari mana asal-usul ianya bermula. Dalam kegilaan ini pasangan bercinta menguncikan mangga yang tercatat nama mereka berdua disamping lambang hati pada pagar, pintu pagar, jambatan, tiang dan seumpamanya sebagai simbol keutuhan cinta mereka yang tidak mungkin akan berakhir.

Di Eropah Mangga Cinta ini telah mula dikesan kewujudannya sejak awal tahun 2000. Punca bagaimana budaya ini bermula juga tidak diketahui. Bagaimanapun budaya ini telah merebak di banyak negara di dunia terutamanya di Eropah.

Sumber: Wikipedia

Bagaimana kalau cinta berakhir adakah pasangan ini akan 'unlock' mangga cinta mereka?




Di Jerman pasangan bercinta tersebut akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine. (Kosmo)

Keindahan Fotografi Mangga Cinta:













Mangga Cinta Di Serata Dunia:


Pohon Mangga Cinta di Luzhkov bridge, Moscow.


Pagar Mangga Cinta di Hungary


Mangga Cinta memenuhi pagar Jambatan Kereta Api Hohenzollern di Rhine, Cologne, Germany.


Mangga Kunci di Gunung Huang, China.


Tiang lampu yang dipenuhi dengan Mangga Cinta di Ponte Milvio, Rome.



Mangga Cinta di North Seoul Tower, Korea.


Hohenzollern Bridge in Cologne, Germany.

Dan Akhir Sekali...
Inilah Mangga Yang Aku Sangat Cinta Selamanya ...


Mangga Cinta di Malaysia.

Orang yang mencintai mangga di atas ini dengan sepenuh jiwa dan raga digelar sebagai Pencinta Mangga.
Isteri aku merupakan Pencinta Mangga Muda.

8 ulasan:

  1. chentaku nuuun jauh di bruneeii >_<

    BalasPadam
  2. nampaknya gaya ni mcm nk jadi trend dh di malaysia.

    BalasPadam
  3. bersepah2 mangga cinta tu..haha.
    yeahh..betul mangga yang last sekali tu yang paling best..hehe

    BalasPadam
  4. hahaha..... manga memang best lebih2 lagi kalau yang manis... pernah makan buah kuini tak? best!

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.