Pages

26 Mei 2013

Kelab Bola Sepak Bayern Munich Bina Masjid



Sebuah masjid yang bakal dibina berhampiran Allianz Arena di Jerman. Kehadiran masjid ini bakal memudahkan para pemain kelab Bayern Munich dan peminatnya menunaikan solat, sekali gus tanda keprihatinan sebuah kelab bola sepak bertaraf dunia.

MENYEDARI solat merupakan salah satu tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat.

Kelab pasukan bola sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para pemain dan peminat.


Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

Mengikut pelan, selain untuk kemudahan ibadat, masjid itu bakal menempatkan imam sepenuh masa, perpustakaan dan kelas pengajian Islam.

Dalam pengumuman itu, sebanyak 85 peratus perbelanjaan pembinaan masjid akan ditanggung oleh pihak pengurusan kelab manakala selebihnya disumbang oleh para pemain dan peminat yang berminat untuk berbuat demikian.

Keputusan membina masjid itu bukan kali pertama dalam kalangan kelab bola sepak Eropah, kerana kelab bola sepak England, New Castle United telah mewujudkan sebuah bilik khusus untuk para pemain beragama Islam bersolat.

Ditubuhkan pada 1900, Bayern Munich merupakan juara liga Jerman, selain merupakan antara kelab bola sepak terbaik Eropah.

Malah Bayern Munich merupakan kelab bola sepak terbesar Jerman dan menduduki tangga ke empat di dunia dengan menjana keuntungan 1.840 bilion pada tahun lalu.

Hal ini terbukti apabila Bayern Munich berjaya mencatat rekod dengan merangkul 23 pelbagai kejohanan dan 15 piala sepanjang terlibat dalam arena bola sepak selain kali pertama menenangi kejohanan pada 1932.

Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR
Sumber: Utusan

1 ulasan:

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.