Pages

28 Mei 2013

KPM Rancang Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih


Pada Masa Akan Datang Kemungkinan Tiada Lagi Jaminan Untuk Guru Pelatih Dilantik Secara Automatik Menjadi Guru Terlatih ...

Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.

"Amalan pada masa kini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.


"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga di Putrajaya pada 27 Mei, 2013.

Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya pelatih yang benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.

Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

Sumber: BHarian [2013/05/27]

Kes Terpencil?

Melalui sembang-sembang kosong bersama rakan guru, ada juga terdengar luahan hati guru-guru lama tentang sikap guru-guru baru yang menjadi rakan setugas mereka.

Terdapat di kalangan guru baru ini yang menolak atau terlalu berkira dengan kerja-kerja luar selain tugas pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Tiada sikap untuk bekerja secara berkumpulan dalam diri mereka. Pada pendirian mereka, kerja mereka habis sebaik loceng penamat masa akhir P&P berbunyi.

Sesetengah daripada mereka ini yang masih lagi belum dilantik ke jawatan tetap, sudah berani menunjukkan sikap melawan arahan guru senior dan menunjukkan sikap bermusuhan dengan guru-guru senior sehingga mewujudkan puak guru baru dan guru senior.

Jika benar berlaku keadaan yang sedemikian diharap ia adalah kes yang terpencil melibatkan sebahagian kecil guru baru. Kepada guru baru yang terlibat dengan sikap demikian diharap dapat memuhasabah diri, perbaiki kelemahan diri dan bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka.

Jika terdapat sikap kurang berminat dengan kerjaya guru ini, eloklah disingkirkan segera alang-alang diri telah terlibat dengan kerjaya yang murni itu.

Bertugaslah dengan hati yang ikhlas demi kepentingan pendidikan generasi yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

1 ulasan:

  1. Bagus sangat rancangan tu, pengalaman saya sbg GSTT di pelbagai sekolah sememangnya tak menafikan, ramai yang memandang remeh tugasan sebagai pendidik. Dan sangat berkira untuk melakukan aktiviti tambahan, tapi bukan guru baru sahaja bersikap sebegitu, guru2 lama pun ada yang bersikap sedemikian dengan alasan, kasi "can" guru baru lak buat semua tugasan sampingan tu... tapi tak semua lah kan, ada yang sangat berwibawa dan mengambil serius bidang pendidikan yang mereka ceburi.

    BalasPadam

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.