Pages
▼
26 Jun 2013
MyKPDNKK Bantu Pengguna Semak Harga Barangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan aplikasi 'myKPDNKK', bagi membolehkan pengguna menyemak harga semasa barangan harian menerusi telefon pintar.
Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, aplikasi itu membolehkan pengguna memperoleh maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selesa.
Aplikasi percuma yang boleh dimuat turun melalui 'Google Play' dan 'App Store' itu juga katanya turut menyediakan kemudahan semakan status aduan, pertanyaan dan pemfailan tuntutan tribunal pengguna.
"Semakan status syarikat francais serta maklumat pelaksanaan standard ke atas mainan kanak-kanak, tayar dan topi keledar juga boleh dibuat menerusi aplikasi berkenaan," katanya selepas majlis pelancaran aplikasi itu di Putrajaya, Rabu 26 Jun 2013.
Beliau berkata, kemudahan menyemak senarai nama premis yang menawarkan Menu Rakyat Malaysia (MR1M) serta maklumat lain seperti senarai kursus yang ditawarkan Maktab Koperasi Malaysia turut disediakan.
Sumber: BERNAMA, Kosmo [26062013]
Download applikasi ini sekarang, dan terokai manfaatnya kepada anda sebagai pengguna ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.