Pages

20 Julai 2013

New Century Global Centre Bangunan Terbesar Di Dunia


IMEJ menunjukkan bentuk bangunan terbesar di China yang dibuka pada hujung minggu lalu.- AFP

SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail. Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.

Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon. Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.




Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean. Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britain, Zaha Hadid. - Agensi

Sumber: Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang Komen Adalah Dialu-alukan...
Komen-Komen Negatif Hendaklah Dielakkan...
Komen-Komen Positif dan Membina Amat Diharapkan...
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.