KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam Isnin, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam Isnin.
sumber: BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam Isnin.
sumber: BERNAMA
Dalam diam-diam berlaku lagi kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 10 sen mulai jam 12 malam, 1 Februari 2011.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
RON95 juga pernah mengalami kenaikan harga pada 4 Disember lalu.
Carta di atas adalah rekod kenaikan harga RON 97 dari tahun 2004-2011. Ini belum termasuk kenaikan terbaru 10 sen pada 1 Februari 2011
Untuk makluman, harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
0 comments:
Catat Ulasan