07 Ogos 2010
Tentang Aku…
Aku digelar dengan nama Koding (disebut Kodeng). Lahir dan dibesarkan di Banting, Selangor Darul Ehsan. Kini bermastautin demi mancari sesuap nasi di Temerloh, Pahang Darul Makmur sejak tahun 1996.
Telah berkahwin 14 tahun yang lalu. Telah mempunyai 5 orang cahaya mata. Di mana tiga darinya adalah lelaki dan selebihnya perempuan.
Anak-anak aku semuanya lahir sebagai anak-anak Pahang.
Nama koding tiada kaitan dengan sebarang kerja-kerja mengekod. Sejarah bermulanya nama Koding adalah berikutan ramainya rakan-rakan serumah dan rakan satu kursus yang berasal dari Terengganu, semasa belajar di sebuah intitusi pengajian di Bangi. Mereka ini menyebut Kudin dengan sebutan Kodeng.
Disebabkan akrabnya aku dengan rakan-rakan dari Terengganu, maka akhirnya aku bertemu jodoh, juga dengan seorang wanita yang berasal dari negeri penyu bertelur ini. Dia aku temui dan mula aku kenali ketika kami berada di sebuah institusi pengajian di Kuantan. Sejak mula dia aku kenali, hari demi hari maka akhirnya dia mula kucintai, dan akhirnya dia aku nikahi.
Aku merupakan seorang yang jenis kurang bercakap. Tetapi kerjaya aku memerlukan aku sepatutnya banyak bercakap. Barangkali aku ini boleh lah diketegorikan dari jenis bercakap bila perlu.
Labels:
Masam Manis Payau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan