Adakah anda sedar minat kita terhadap sesuatu perkara ada pasang surutnya. Ada kalanya kita rajin sangat. Adakalanya pula kita malas sangat. Tetapi selalunya biasa-biasa sahaja.....
Begitulah aku dengan kerja-kerja berblog ni. Bukan setiap hari mood untuk berblog ni membara. Masuk hari ini dah dua minggu rasa malas nak berblog melanda diri aku.
Bermula dengan awal bulan hari tu aku demam dan pening kepala selama 5 hari. Sepanjang aku kurang sihat hari tu.. tidur adalah kerja yang paling menarik sekali.
Bila aku dah sihat, aku masih lagi rasa pening-pening bila mengadap laptop. Maka keputusan aku sepanjang tempoh itu ialah... malaslah aku nak berblog hari ni...
Bila kata malas maka kesannya adalah tak ada minat nak berblog walking. Malas nak ziarah blog kengkawan. Bila ziarah dilakukan, maka malas pulak nak komen.
Kerja-kerja memfolo blog-blog pun tidak dilakukan melainkan memfolo balas rakan-rakan blog yang sudi memfolo aku. Kerja memfolo balas memang aku lakukan dengan segera agar tidak terlupa. Itulah sahaja cara aku membalas kesudian mereka rakan-rakan blogger memfolo aku. Mereka tolong aku meramaikan follower maka aku balas dengan tolong mereka meramaikan follower mereka.
Maklumlah bukan mudah untuk terpikat seterusnya tergerak hati untuk memfolo blog yang semata-mata mengandungi entri 'copy-paste'. Kebanyakan entrinya pula pastinya anda telah pun baca di akhbar-akhbar...
Berbalik kepada sindrom malas tadi, Bukan sahaja aku malas nak berblog. Bukak laptop pun malas. Mujur anak aku rajin bukak laptop dan online. Bila dia penat mengadap laptop, dia pun pergi ke dapur cari apa-apa yang boleh dimakan. Masa tu lah aku pun rapat ke laptop yang terbiar sepi buat seketika tu, aku klik pada akhbar-akhbar on-line.
Akhbar online kena la baca walau macam mana malas pun. Agar tidak dikatakan tidak tahu perkembangan semasa. Bila ada berita-berita atau artikel yang aku suka, maka aku 'copy-paste' dan aku jadikan entri aku pada hari tersebut.
Maka tidak semena-mena selesai kerja mengemaskini blog aku untuk hari itu dengan sekurang-kurangnya 1 entri. Walaupun entri 'copy-paste'. Sekurang-kurangnya blog aku tak da laa bersawang atau mati begitu sahaja bersama matinya minat aku nak berblog buat ketika ini....
Bosankan folo blog macam blog aku ni...
Tak kreatif langsung... hahahaaaa...
Bagaimanapun aku terus dengan usaha aku saling pesan-berpesan dan ingat-mengingat tentang hakikat mengapa kita dihidupkan di dunia ini, dan apa tanggungjawab yang patut kita lakukan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Pesan-berpesan dan ingat-mengingat ini aku khususkan kepada diri aku sendiri yang ternyata begitu lemah dan serba-serbi kekurangan sebagai seorang insan.
Terima kasih, kepada rakan-rakan blog yang sudi ziarah dan berkunjung ke blog aku. Nanti bila mood aku okay semula aku akan ziarah korang balik...
Sekarang ni aku nak sambung kerja aku bermalas-malasan sambil berbaring-baringan dan kunyah-mengunyah keropok dan kacang, di hadapan TV bersama anak-anak aku menonton saluran 'Play House Disney' di malam minggu...
Selamat malam minggu kepada semua...
P/S; Boleh baca juga Kategori Follower
8 comments:
Salam. saya backlin entri terbaru saya ke entri ini .. hmmm ada sangkut paut dohhh ... mekasih.
Ha.. ha... penyakit yang sama sedang melanda BG. Hendak-hendak pulak blogger.com tengah 'semput', satu entry hilang entah ke mana, tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Backup tak ada, jadi kalau ada yang klik pd entry yang sedang ditayangkan di blog BG, memang takkan jumpa entry tu...
Untuk back up penyakit malas, boleh cuba scheduled posting, at least taklah bersawang blog tak update... :)
Cantik header baru...
first time to'wan singgah sini.. :)
Bangku Kosong... Terima kasih bro... promot entri aku yang tak seberapa dan agak merapu tu....
Bawang Goreng... Entri saya mujur xde yang hilang... Kalau hilang pun saya masih ingat lagi sumbernya untuk saya cari...
Heheheee.. Header tu jgn la puji sangat... Header cara orang tak reti seni jer...
salam..
saje singgah. dtg dr Bangku Kosong..
sama lah kita. skang rasa malas nak blogwalking. just harini je rajin.
rasa mls nak berblOg bertanbah2 kalo entri kita xde yg respOn...
Catat Ulasan