16 Mei 2013

Barisan Kabinet Persekutuan Malaysia 2013



Berikut senarai penuh barisan Jemaah Menteri Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada petang Rabu 15 Mei 2013.

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN


Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy

Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri:

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar:

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan:

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya:

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan:

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan:

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia:

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri:

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air:

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Sumber: BHarian [2013/05/15]

Kabinet 2013: Lima senator dinamakan oleh Najib

Lima orang yang dilantik Senator antara menteri dan timbalan menteri yang dinamakan dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy dinamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Low, Ahmad Bashah, Loga Bala dan Waytha Moorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator pada 16 Mei 2013, manakala Abdul Wahid akan berbuat demikian pada 5 Jun 2013. Sementara itu, Senator Datuk Seri Idris kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [Utusan]

Tiada Wakil MCA, GERAKAN Dalam Menteri Kabinet 2013

Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, semalam, menyaksikan tiada penyertaan daripada MCA dan GERAKAN. Ia berikutan keputusan kedua-dua parti itu tidak mahu menerima jawatan dalam Kerajaan Pusat selepas prestasi buruk mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan, berkata MCA tidak mengemukakan sebarang nama untuk jawatan Kabinet.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghormati resolusi MCA, yang diluluskan pada 2011 dan 2012 iaitu tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika kami tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding pilihan raya pada 2008,” katanya.

“Tahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Perkara paling mencabar adalah untuk mendekati semua kaum bagi mencapai perpaduan dalam usaha menangani politik pecah-belah oleh pakatan pembangkang,” katanya.

Bagi Naib Presiden GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula menyifatkan Kabinet yang terdiri daripada muka baru dan lama sebagai barisan mantap untuk menerajui kerajaan. Beliau yakin mereka akan menjadikan masyarakat negara ini lebih maju dan berjaya walaupun MCA dan GERAKAN tidak berada dalam Kabinet kali ini. [BHarian: 2013/05/16]

2 comments:

MyFreeMinded berkata...

Moga mereka menjalankan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk mengkayakan diri mereka dan keluarga2 mereka sahaja...

Jahirah berkata...

dua kenenterian yg besar bergabung....erm mcm dikecilkan lg je.tp mesti ada sebab yg rasional..