04 Jun 2013
Semua Premis Makanan Wajib Berdaftar
Gambar Hiasan
Semua premis makanan wajib mendaftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum 1 Januari 2014 dalam usaha untuk menentukan makanan yang dijual premis berkenaan adalah bersih.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, premis makanan termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak.
"Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 yang mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.
"Pemilik makanan berkenaan boleh dikenakan denda kerana tidak mendaftar," katanya.
Untuk mendaftar, layari laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my. - BERNAMA
Sumber: BHarian [2013/05/29]
Labels:
Kesihatan,
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan