08 Julai 2013
Mitos Jilat Bebola Mata
Amalan menjilat mata semakin popular dalam kalangan remaja Jepun dan Amerika Syarikat yang kononya mampu meningkatkan syahwat, sebenarnya cuma mitos.
Tiada bukti saintifik mengenai amalan itu yang dilaporkan menjadi kegilaan remaja, termasuk pelajar sekolah di negara terbabit.
Dalam satu laporan berita, murid sekolah yang melakukan perbuatan itu mengalami sakit mata merah atau konjunktivitis.
Menerusi laporan itu, dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan worming, namun perkara itu hanya disedari apabila beberapa murid yang dijilat bebola matanya hadir ke sekolah keesokan hari dengan memakai pelekat mata.
Apa yang penting, amalan itu tidak sepatutnya dicontohi kerana mahu mencari kelainan dalam memenuhi keinginan diri.
Tindakan itu bukan saja boleh merosakkan moral remaja, malah memberikan impak terhadap kesihatan mata.
Tiada bukti saintifik Mengulas lanjut perbuatan pelik tapi benar itu, Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan, berkata tiada bukti saintifik yang mampu mengaitkan perbuatan menjilat bebola mata itu sebagai satu rangsangan atau keghairahan.
Perbuatan itu dianggap satu amalan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan mata apatah lagi pancaindera itu sangat sensitif dan bernilai kepada manusia.
Murphy berkata, air liur manusia mengandungi enzim dan dikhuatiri ada bakteria dalam air liur yang boleh memberi kesan kepada bebola mata apabila dijilat berulang kali.
"Seperti diketahui, air liur bahan berair yang ada dalam mulut organisma dan dirembeskan oleh kelenjar air liur.
"Air liur manusia terdiri daripada 99.5 peratus air manakala selebihnya adalah elektrolit, mukus, enzim dan sebatian antibakteria. Sememangnya, enzim yang ada dalam air liur adalah baik untuk melindungi gigi daripada dirosakkan bakteria, namun dibimbangi jika air liur itu mengandungi bakteria dan jika bebola mata ada sedikit calar, bakteria akan mudah masuk, lalu terjadinya mata merah dan konjunktivitis," katanya.
Wujud risiko
Murphy berkata, dalam bola mata ada air mata. Bola mata pula dilindungi beberapa lapisan. Lapisan dalam dipanggil musin iaitu lapisan yang mengekalkan air dengan air mata dan ia sangat bermanfaat kepada manusia.
"Kandungan air dalam air mata sangat tinggi iaitu sebanyak 90 peratus. Ia penting untuk melembapkan mata agar ia tidak kering.
Lapisan lipid di luar pula adalah lapisan minyak yang menghalang pemejalwapan berlaku. Jadi, mata sangat penting untuk dijaga bagi mengelakkan rosak.
"Dikhuatiri perbuatan menjilat bebola mata hanya menyebabkan bakteria terkumpul. Perlu diingat jika mata sihat, bakteria tidak akan menyerap masuk, bagaimanapun, jika ketika perbuatan itu dilakukan, mata tercalar pasti risikonya tinggi," katanya.
Katanya, fungsi air mata yang ada dalam bebola mata banyak, tetapi tidak kepada rangsangan untuk meningkatkan keghairahan syahwat. Ia hanya menyejukkan mata, menawarkan oksigen, antibakteria dan sebagai pelincir.
"Pandangan saya, perbuatan itu hanya bersandarkan perasaan atau emosi saja dan bukan secara saintifik.
Apa bezanya menjilat mata dengan perbuatan menjilat kuku, tangan, jari atau sebagainya. Dari aspek kesihatan, ia berisiko menyebabkan jangkitan.
Sumber: BHarian [2013/06/27]
Labels:
Kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
ehehe mcm2 la dorang ni.kecik2 lg dh bijak terlebih
Catat Ulasan