Nuff Atas

18 Februari 2011

TPM Umum 23 Lagi SBT

http://img695.imageshack.us/img695/7390/84816581.jpg

LIMBANG 17 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai 23 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi Kohort Dua menjadikan jumlah keseluruhannya 43 buah setakat ini.

Dengan itu, satu daripada empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan Kementerian Pelajaran iaitu memiliki 100 buah SBT pada 2012 hampir separuh sudah dapat dicapai.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berbesar hati kerana 20 SBT dalam Kohort Pertama berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan di peringkat Antarabangsa.

Antaranya,
  1. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang mendapat tempat pertama dalam acara Car Sprint Triathlon Antarabangsa OSIM Singapura dalam kategori bawah 13 tahun.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pula meraih tempat pertama dan kedua dalam acara renang, Kumpulan Umur SEA di Filipina.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban memenangi Anugerah Knock Out, mendapat tempat ketiga dalam Pembentangan Lisan dan mendapat tempat ketujuh terbaik daripada 25 negara dalam kejohanan Dunia Formula 1 In School.
SBT Kohort Pertama turut berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program sekolah angkat.

Salah satu contoh terbaik adalah Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka yang menjadikan Sekolah Menengah Agama (SMA) Tahfiz Cenderah, Jasin, sebagai sekolah angkat. Melalui Program Peningkatan Prestasi Matematik, sekolah berkenaan membantu sekolah angkatnya meningkatkan peratusan pelajar yang memperoleh A bagi mata pelajaran berkenaan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 iaitu daripada 39.5 peratus pada 2009 kepada 71.77 peratus.

Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi:

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Sumber:
http://www.utusan.com.my/
http://www.bharian.com.my/ _____________________________________________________________
Foto
DUA murid mengulang kaji pelajaran di Pondok PIBG SK Ulu Lubai, Limbang

Sementara itu, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). SK Ulu Lubai telah menunjukkan pencapaian akademik yang amat cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga sekarang.

Lebih membanggakan, sekolah itu memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia. Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

SK Ulu Lubai juga bergerak aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi pendidikan luar negara. pada 2009 dan 2010, mereka mewujudkan jaringan dengan University Bristol, United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School, Singapura dan Kingsford Community School serta Deptford Green School, masing-masing di UK. (Rujuk: http://www.utusan.com.my/)   _________________________________________________________________

Imbas Kembali Pada 25/01/2010 (Rujuk: http://eputra.com/)

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;  

Sekolah berasrama penuh:
  1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
  2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
  3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
  4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
  7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
  10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
  1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
  2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
  5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

0 comments: