18 Februari 2011

Kisah Imam Yang Menahan Marah

Dipetik daripada buku Positif untuk Berjaya oleh Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Nur Hanani Hussin

http://www.toonpool.com/user/3356/files/angry_cricketer_400895.jpg

Imam Musa adalah cucu Nabi Muhammad, keturunan daripada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Beliau diberikan gelaran Musa al-Khazim yang bererti 'yang sanggup menahan marah'. Pada saat beliau hendak berwuduk untuk sembahyang Subuh, beliau meminta hambanya menyiramkan air.

Rupanya si hamba masih mengantuk. Disebabkan rasa mengantuk, dia menyiramkan air itu sehingga basah baju tuannya. Kelihatan Musa seperti hendak marah. Hamba tadi membaca ayat 134 surah Ali Imran, "wal khaziminal ghaiza" yang bermaksud, "Dan mereka yang menahan marah." Musa serta merta menyedari ayat itu kemudian menjawab, "Aku menahan marahku padamu."


Hamba tadi meneruskan bacaan, 'wal 'afina 'anin nas' yang bermaksud dan memberi maaf kepada manusia'. Musa menjawab, "Aku sudah memaafkan kesalahanmu." Hamba tadi melanjutkan bacaan, "Wallahu yuhibbul muhsinin" yang bermaksud 'Tuhan amat cinta kepada orang-orang yang berbuat baik'.

Akhirnya Musa menyatakan, "Mulai hari ini aku merdekakan engkau semata-mata kerana Tuhan." Dalam kisah ini, bukanlah Musa al-Khazim tidak mempunyai sifat marah tetapi beliau bijak mengawal dan mengendalikan diri semasa marah. Inilah yang dikatakan kecerdasan emosi.

Sumber: pts.com.my

0 comments: