10 Julai 2011

Gelas William Beilby Dilelong RM90,779

William Beilby (1740–1819) adalah seorang pembuat gelas warga British yamg terkenal dengan penghasilan gelas bersalut enamel (lapisan cat berkilat) terunggul di abad yang ke - 18.

Rajah berikut menunjukkan 3 biji gelas yang yang merupakan salah satu produk yang dihasilkan oleh William Beilby.



Pada suatu hari seorang wanita telah membeli gelas tersebut di atas dengan harga 40 pence (RM1.92) sebiji dalam satu jualan but kereta di Portsmouth.


Ketika membelinya beliau tidak mengetahui asal-usul gelas tersebut. Selepas membelinya, wanita tersebut membawa gelas tersebut ke sebuah firma lelongan di Chichester, Sussex Barat untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai nilainya.

Kakitangan firma lelongan itu (Stride and Son) mendapati, gelas itu bernilai tinggi kerana ia dihasilkan oleh pembuat gelas terkenal pada abad ke-18, William Beilby.

Wanita tersebut terkejut apabila mendapati tiga gelas tersebut berjaya dilelong pada harga £18,880 (RM90,779).

Sumber: Kosmo

Berikut ini adalah beberapa lagi produk barangan yang turut dihasilkan oleh William Beilby. Cuba semak dan selongkar di dalam stor simpanan barang lama (antik) di rumah anda. Mungkin barangan ini ada tersimpan di situ. Jika anda menemuinya, anda patut tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.











Moga anda beroleh banyak wang daripada rezeki yang terpijak ini.

4 comments:

mykhalis berkata...

rasnya ada 2 bijik camni kat rumah..heh.. nak kena lelong ke?

Yatt S. berkata...

mak aiiiii. makcik kaya!!! bestnye. nak pergi selongkar dalam gobok ayah lah. mesti ada barang-barang bernilai tinggi. dia suka nau menyimpan barang-barang lama ni.

Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

Tanpa Nama berkata...

kaya cepat kalau macam nie

haney berkata...

perghh beli murahh.. sekali jual balik, dpt 90k.. kayo makcik.. hhaha