29 April 2012
Rumah Terbalik Sabah
KERETA Kancil yang berada dalam kedudukan terbalik dan tergantung ini pasti membuatkan pengunjung berasa teruja untuk meneroka keseluruhan kawasan Rumah Terbalik.
SEJAK sekian lama, Sabah begitu sinonim dengan Gunung Kinabalu yang menjadi tarikan kepada ribuan pencinta alam semula jadi dan penggemar aktiviti lasak dari dalam dan luar negara. Selain banyak lagi tarikan alam yang mewarnai dunia pelancongannya, pelancong kini mempunyai alasan lain untuk melawat ke negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri Di Bawah Bayu itu.
Rumah Terbalik. Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal, namun itulah keistimewaan sebuah binaan rumah yang terletak di Batu 21, Jalan Berungis - Tamparuli itu.
Di atas lakaran pelan, Rumah Terbalik kelihatan seperti kediaman biasa dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina secara terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantainya di atas.
Meja dan kerusi di atas kepala.
Diiktiraf sebagai rumah terbalik pertama di negara ini, binaan yang berkeluasan 140 meter persegi itu dibina dengan kos sebanyak RM520,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah penginapan pelancongan di Sukau, di sebelah pantai timur Sabah.
Pembinaannya mengambil masa hampir enam bulan dan melibatkan penyusunan struktur bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman inspirasi masyarakat etnik Sino-Dusun dan Dusun.
Sebaik tiba di hadapan rumah, pengunjung pastinya tertarik apabila melihat garaj kereta yang menempatkan sebuah kereta Kancil dalam keadaan terbalik. Jika itu belum membuatkan anda berasa kagum, apa kata jengah pula ke bahagian dalam rumah.
Simbol budaya
Sebelum itu, jangan lupa untuk memalu gong yang diletakkan di pintu masuk dan memberi salam sebagai simbol budaya masyarakat di negeri itu. Sebaik sahaja melangkah ke ruang tamu, jangan terkejut kerana anda akan mendapati letak atur sofa, meja makan, rak buku, mesin jahit dan sebagainya yang seolah-olah tergantung di ruang siling.
Begitu juga tatkala menjengah ke bahagian dapur yang menempatkan peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi - semuanya berada dalam posisi yang sama manakala lampu dan kipas siling berada di lantai tempat anda berpijak.
Seperti berada di alam mimpi, semua itu adalah realiti yang bakal dilihat tatkala berkunjung ke situ. Menariknya, kesemua peralatan itu adalah asli dan bukannya replika. Diiktiraf rumah terbalik pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records, ikon pelancongan terbaharu di Sabah itu diuruskan oleh Trekkers Lodge Sdn. Bhd.
Sumber: Kosmo
Labels:
Kesenian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 comments:
macam2 kan? org jalan terbalik tak? heheh
wahhhhhh menarik !
mcm kt dlm game disney dulu tu, hikk...
tarikan terbaru kat sabah... :)
Perghh.. Hebat! Taktau pulak Sabah ada rumah mcm ni.. InsyaAllah klu brpeluang dtg, akn tgk tmpt ni.. Unik sgt!
pelik tapi benar..macam2 la kan? :)
dah tgk tapi dalam tv ajer hehe
Catat Ulasan