21 Ogos 2015
Sihir Ain Melalui Pandangan Mata
‘Ain’ adalah perkataan Arab yang bermaksud mata. Oleh itu, konotasi penyakit ain disebabkan oleh pandangan mata seseorang terhadap sesuatu atau seseorang dengan perasaan kagum, bercampur perasaan hasad. Pandangan tersebut menyebabkan terjadinya kemudaratan terhadap sesiapa yang dilihatnya.
Apabila seseorang melihat seorang lain hingga terdetik di hatinya sesuatu yang berunsurkan negatif, secara tidak langsung dia telah mengainkan orang yang dilihat itu tanpa disedarinya.
Sihir ini boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu disengajakan atau sebaliknya iaitu dengan tanpa niat. Setiap individu mempunyai kadar peratusan yang tinggi untuk terkena ain atau mengainkan individu lain.
Ia bergantung sejauh mana bersihnya hati dan sekuat mana dalaman individu tersebut. Jika hatinya bersih, sudah pasti ia tidak akan mengainkan orang yang dilihatnya. Begitu sebaliknya, jika kuat dalaman seseorang, sudah semestinya ia dapat menangkis sihir ain.
Bisa sihir ain memberi impak dalam pelbagai bentuk sama ada ringan atau mudarat yang lebih besar hingga membawa kematian.
Andai yang dewasa pun terkadang boleh jatuh, apatah lagi kanak-kanak. Antara kesan yang ringan biasa terjadi akibat sihir ain ialah rasa tidak sedap hati, gusar, lesu tidak bermaya, demam, tiada selera makan dan pucat.
Sebagaimana yang Baginda s.a.w. sabdakan, sihir ain adalah berpunca daripada bisikan syaitan yang membisik di dalam hati. Oleh itu perlu ada perlindungan agar hati mampu melawan bisikan tersebut.
Jika seseorang telah terkena sihir ain, antara rawatan yang perlu dilakukan sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda s.a.w adalah dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah atau dimandikan.
Kaedah rawatan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik dari Muhammad b. Abu Umamah b. Sahal dari ayahnya, “Mata jahat itu nyata, maka berwuduklah untuk
menghadapinya.”
Selain itu, terdapat lagi beberapa kaedah yang diajarkan oleh Ibnu Qayyim bagi merawat sihir ain dan menghalang daripada terkena ain.
Sumber: Utusan
Labels:
Tazkirah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
takut pulak bila baca N3 ni..nauzubillah..
apapun tq for this sharing..:)
Catat Ulasan