Pada malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
Artikel oleh: Datuk Dr Zahazan Mohamed
Kredit: Harian Metro Online
Tarikh Artikel: Jul 27, 2018
Memaparkan catatan dengan label Indahnya Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Indahnya Islam. Papar semua catatan
10 Ogos 2018
13 Julai 2018
Bahaya Ungkapan 'Kalau' Pada Akidah
Imam Muslim merekodkan hadis bernombor 1278 dalam bab takdir di bawah tajuk 'Perintah agar kuat, tidak lemah dan perintah memohon pertolongan hanya kepada Allah,' yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Apapun, kedua-duanya memang ada kebaikan (kerana beriman). Bersungguh-sungguhlah mencapai sesuatu yang bermanfaat untuk kamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah SWT dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah."
"Apabila kamu ditimpa sesuatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, 'Kalau saya tadi berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan terjadi begini dan begitu', tetapi katakanlah, 'Ini sudah takdir Allah dan apa dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan. Sesungguhnya perkataan 'kalau' akan membukakan jalan syaitan."
Rupa-rupanya perkataan 'kalau' yang sama maknanya dengan seandainya dan biasa dipertuturkan oleh rakyat Malaysia adalah asalnya diambil daripada perkataan 'lau' dalam bahasa Arab.
Apabila menelusuri komentar ulama mengenai hadis di atas, secara umumnya penggunaan perkataan 'lau' yang membawa maksud 'kalau' dan seandainya itu kepada dua keadaan.
Tak puas hati terhadap takdir
Keadaan pertama, ia digunakan dengan maksud berasa tidak puas hati terhadap takdir yang ditentukan oleh Allah SWT. Perkara ini dilarang Rasulullah SAW berdasarkan hadis di atas, bahkan ditegah oleh Allah SWT seperti dalam al-Quran yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang (munafik) yang sudah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh."
"(Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu, penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan." (Ali Imran: 156)
Imam Nawawi mengatakan perkataan 'kalau' tercampak ke dalam hati manusia untuk menentang qadar Allah dan membuka ruang kepada syaitan untuk melakukan keraguan.
Penggunaan perkataan 'kalau' dalam dialog yang menggunakannya dengan persepsi betul terkandung pula adalah berdasarkan firmah Allah SWT yg bermaksud:
"Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita daripada pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang yang ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing."
"Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (Ali Imran: 154)
Keadaan kedua ialah menggunakan perkataan 'kalau' untuk menerangkan sesuatu yang bermanfaat seperti firman Allah SWT yg mermaksud:
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan selain Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan." (Al-Anbiya': 22)
Imam Nawawi mencatatkan jika mengungkap 'kalau' kerana menyesal disebabkan kecuaian tidak melakukan ketaatan pada masa lalu, maka ia tidak termasuk dalam kategori larangan. Lebih-lebih lagi ia akan menjadi motivasi untuk tidak mengulangi kecuaian yang lalu.
Persoal kejadian
Mempersoalkan sesuatu yang sudah dijadikan Allah adalah kesalahan, termasuk dalam larangan menggunakan perkataan 'kalau' apatah lagi jika mengeluarkan perkataan yang difahami seolah-olah mempertikaikan mengapa Allah menciptakan sesuatu.
Tidak kiralah apa juga profesion kita, lebih-lebih lagi yang menggunakan ucapan dan syarahan sebagai medium utama profesion seperti ahli politik, penceramah dan pensyarah, kita perlu berhati-hati ketika memilih setiap perkataan.
Kita perlu menggeruni peringatan Rasulullah SAW yg bermaksud: "Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia memandang remeh dengan perkataan diungkapkan, menyebabkan dia terhumban ke dalam api neraka 70 tahun. (HR Tirmizi)
Kredit:
BHarian

Labels:
Indahnya Islam
04 September 2015
Wanita Dalam Tempoh Edah Harus Tinggal Di Rumah Suami
PEREMPUAN kematian suami diwajibkan ihdad (berkabung) empat bulan 10 hari jika dia tidak hamil. Jika hamil, maka wajib ihdad sehingga melahirkan anak. - Foto hiasan
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan 10 hari.
Kemudian apabila telah habis masa edahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak).
Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 234)
Labels:
Indahnya Islam
14 Ogos 2015
Kongsi Budaya Bukan Makna Tunduk Kepada Kekufuran
Dunia sudah semakin mengecil menjadi apa yang disebutkan Marshall McLuhan sebagai 'global village' atau perkampungan global disebabkan kewujudan internet.
Budaya dan adat sesuatu masyarakat atau kaum akan mudah dikesan, diketahui bahkan turut ditiru serta diserap oleh bangsa lain kemudiannya.
Ketika umat Islam menyambut hari raya baru-baru ini, berlegar beberapa persoalan berhubung apakah hukum 'menyerupai orang bukan Islam' atau dalam bahasa Arabnya disebut 'al-tasyabbuh bil kuffar' membabitkan beberapa perbuatan yang asalnya adalah amalan bangsa lain.
Labels:
Indahnya Islam
19 Jun 2015
Besarnya Ganjaran Orang Berpuasa
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui." (Surah Al-Baqarah:184)
Nampak begitu ringkas. Tetapi manakan sama antara ringkasnya pesanan ALLAH ini dengan kata-kata makhluk-Nya. Cukuplah bagi seorang hamba yang beriman untuk meyakini jaminan yang diberikan ini.
Ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia adalah satu peluang yang diberikan ALLAH untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di negeri akhirat.
Labels:
Indahnya Islam
12 Jun 2015
Sembilan Kunci Tadabur Al-Quran
PERNAH melihat orang menangis atau tertawa ketika membaca buku cerita?
Kuatnya hubungan perasaan antara pembaca dan apa yang dibaca menimbulkan kesan emosi mendalam, sehingga akal fikiran terpengaruh, malah ada sampai mempengaruhi perlakuan dan karakter diri.
Jika kita membaca al-Quran, adakah reaksi kita sama seperti itu?
Tujuan kita bertadabur al-Quran, untuk menghubung eratkan diri dengan kalam ALLAH, sehingga kesannya jelas nampak melalui perlakuan yang baik.
Labels:
Indahnya Islam
29 Mei 2015
Keistimewaan Bumi Mekah
Mekah mempunyai pelbagai kelebihan, keberkatan serta pahala berlipat ganda. Bangsa Arab sejak dahulu lagi telah sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah.
ANTARA keajaiban ciptaan Allah SWT ialah Dia membuat hati manusia cenderung untuk menziarahi tempat-tempat suci-Nya serta rindu untuk berada di situ. Dia juga telah mengukuhkan cinta tersebut dalam hati mereka hingga tidak dapat berpisah dengan tempat tersebut melainkan dengan perasaan sedih dan kecewa teramat dalam. Begitulah gambaran awal Ibnu Batutah ketika menceritakan keistimewaan bumi Mekah dalam bukunya, Rihlah Ibn Batutah.
Hakikat ini digambarkan oleh Allah SWT sendiri dalam al-Quran melalui doa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika membina Kaabah al-Musharrafah. (rujuk al-Baqarah: 126)
Labels:
Indahnya Islam
06 Mac 2015
Tuntutan Menamakan Anak Dengan Nama Yang Baik
Setiap anak yang lahir adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memelihara, mendidik dan membimbing mereka menjadi individu soleh, bermanfaat untuk agama, bangsa serta negara.
Disebabkan itu, Islam telah menetapkan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Antara perkara yang sunat dilakukan ketika bayi baru lahir ialah melaungkan azan di telinga anak, suapan pertama dengan buah kurma, akikah, memberikan nama yang baik dan berkhatan.
Labels:
Indahnya Islam
23 Januari 2015
Status Kesucian Basuhan Pakaian
Pakaian yang terkena najis, bersihkan terlebih dahulu sehingga hilang zat, warna dan bau najis itu. - Gambar hiasan
Mesin basuh tidak menggunakan air mengalir tapi air yang digunakan akan bertakung dalam mesin tersebut. Bagaimanakah status kesucian pakaian bernajis yang dibasuh bersama dengan pakaian kotor lain dengan menggunakan mesin basuh. Adakah pakaian itu suci untuk dibuat bersolat walaupun setelah hilang warna, bau dan rasa?
Kekotoran biasa yang ada pada pakaian seperti daki, debu, sisa makanan seperti kuah dan sebagainya tidaklah termasuk dalam kategori najis. Oleh itu, pakaian dengan kotoran seperti ini boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Labels:
Indahnya Islam
16 Januari 2015
Hidayah Milik Allah ~ Hidayah Hadir Kerana Kerapian Saf Solat
DALAM masa beberapa saat jutaan umat Islam dapat meluruskan saf sebelum menunaikan solat. - Gambar hiasan
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. (al-Qasas: 56)
Dalam suatu program One Family di saluran Majd Channel, ketika itu moderatornya ialah Dr. Yahya al-Yahya telah menceritakan kisah mengenai seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), yang berbincang dengannya tentang Islam ketika sedang menonton siaran langsung solat Isyak pada bulan Ramadan di Mekah al-Mukarramah.
Labels:
Indahnya Islam
09 Januari 2015
Pembahagian Harta Sepencarian
Pembahagian harta sepencarian seperti rumah kediaman mempunyai asas yang kukuh daripada hukum syarak dan adat orang Melayu. – Gambar hiasan
SUDAH menjadi lumrah dalam sebuah perkahwinan apabila pasangan yang berkahwin akan membeli harta atau aset iaitu harta tidak alih seperti rumah kediaman atau tanah dan harta alih seperti kenderaan, perabot serta apa-apa peralatan yang mempunyai nilai.
Aset ini akan menjadi harta perkahwinan selagi mana ia diperoleh dalam tempoh perkahwinan melalui usaha bersama-sama suami isteri atau jika hanya salah seorang daripada suami atau isteri yang menyumbang.
Hukum yang memperuntukkan pembahagian harta sepencarian mempunyai asas yang kukuh daripada hukum syarak dan adat orang Melayu. Al-Quran menyatakan dalam surah al Nisa ayat 32 secara umum tentang hak lelaki dan wanita terhadap harta secara individu.
Labels:
Indahnya Islam
19 Disember 2014
Perkasakan Ilmuwan Tahfiz
PERTUBUHAN Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia atau Tahfiz, adalah sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai matlamat dan dasar seiring dengan dasar pendidikan Negara. Tahfiz mempunyai hasrat dan cita-cita besar dalam memartabatkan ilmu hafazan terutamanya dalam bidang pengajian al-Quran dan As-Sunnah dalam kalangan pelajar Islam.
Tahfiz telah meletakkan suatu visi untuk menjadi sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mampu memartabatkan ilmu hafazan al-Quran dan hadis di semua peringkat baik di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi.
Labels:
Indahnya Islam
12 Disember 2014
Santunilah Mualaf
PERKAHWINAN adalah salah satu faktor seseorang itu memilih menjadi Muslim. - Gambar hiasan
MUALAF atau lebih dikenali sebagai saudara baharu atau saudara kita merupakan sebahagian daripada masyarakat Muslim di Malaysia. Mualaf adalah mereka yang dijinakkan hati untuk menerima Islam dan telah melafazkan dua kalimah syahadah.
Mereka merupakan golongan yang baru memeluk Islam. Pemberian zakat adalah bertujuan untuk memotivasikan dan memantapkan lagi keislamannya serta beramal dengan ajaran Islam. Pemberian kasih-sayang dengan penuh keikhlasan yang lahir daripada hati Muslim akan memberi satu kesan positif ke arah pembentukan saudara baharu yang terkehadapan dalam segenap aspek kehidupannya.
Labels:
Indahnya Islam
05 Disember 2014
Gerakan Dalam Solat
Makna gerakan-gerakan dalam solat telah dibincangkan para ulama sejak dahulu. - Gambar hiasan
Solat adalah satu bentuk komunikasi dua hala antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, seorang hamba menghadap Allah lalu berbicara kepada-Nya. Pada saat yang sama, Allah S.W.T memperhatikan gerak-gerik hamba itu, mendengarkan kata-katanya dan menjawab permohonannya.
Allah berfirman: (Allah) melihat kamu ketika kamu berdiri (dalam solat) dan perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. (al-Syuaara: 219)
Daripada Anas bin Malik, bersabda Nabi S.A.W: Sesungguhnya seorang Mukmin, apabila ia berada di dalam solat, ia tengah berbincang (munajat) dengan Tuhannya. Maka, janganlah ia meludah ke hadapan atau ke sebelah kanannya, akan tetapi ke kiri atau ke bawah kakinya. (riwayat Al-Bukhari).
Labels:
Indahnya Islam
21 November 2014
Betulkan Niat Sebelum Makan
SEBELUM makan berdoalah agar makanan itu menjadi penawar kepada segala penyakit, menyihatkan badan sekali gus kita dapat melakukan ibadah kepada Allah ~ Gambar Hiasan
Saya terpaku melihat rakaman video yang dimuat turun oleh seorang rakan di laman Facebook miliknya. Beliau merakamkan aksi suaminya menelan segenggam pil kesihatan seperti menelan kekacang.
“Wah... abang kelihatan hebat. Sudah berapa lama mengamalkan pil produk ini?”
Itulah pertanyaan yang terakam di dalam rakaman video tersebut. Saya kemudiannya melayari laman web rasmi produk jenama yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut dan mengetahui pasangan yang ditunjukkan dalam rakaman video tersebut merupakan pasangan paling berjaya dalam memasarkan produk kesihatan itu.
Labels:
Indahnya Islam
07 November 2014
Memahami Mengapa Arak Dihukum Najis
IMAM Malik Rahimahullah mengatakan bahawa arak itu najis, sedangkan beliau mengetahui yang diharamkan ialah meminumnya sahaja dan tidak timbul langsung isu kenajisan air arak itu sendiri.
Timbul persoalan di sini, mengapa Imam Malik berkata demikian, sedangkan dalam masa sama beliau tidak mengatakan kenajisan babi yang hidup?
Jawapan bagi persoalan ini ada dalam buku karangan seorang ulama muktabar dalam bidang maqasid syariah, al-Allamah Ibnu Asyur, yang bertajuk Maqasid Syariah Islamiah.
Buku ini setebal sekitar 200 muka surat sahaja. Dalam buku ini kita akan menemui jawapan sangat jelas mengenai persoalan yang dilontarkan itu. Itu pun bergantung sejauh mana kita menghormati pandangan ulama seperti al-Allamah Ibnu Asyur.
Labels:
Indahnya Islam
31 Oktober 2014
Ada Apa Dengan Anjing?
BOLEH ke pegang anjing? Bukankah anjing tu haram?
Anjing adalah haiwan ciptaan ALLAH SWT dan ia bukan binatang hina yang boleh dicaci, dipukul dan dizalimi.
Bezanya, dalam syariat Islam ada beberapa hukum khas berkaitan anjing yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis. Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, golongan ulama membahaskan hukum berkaitan anjing ini secara khusus. Jika diteliti, ada beberapa isu berkaitan anjing yang menjadi perbincangan kalangan ulama.
Antaranya isu kenajisan anjing, menyentuh anjing, anjing terlatih digunakan untuk memburu, memelihara anjing, memberi makan kepada anjing, air liur dan jilatan anjing, dan digunakan sebagai pengawal. Hukumnya berbeza berdasarkan perbezaan situasi. Adalah tidak adil untuk berpegang dengan satu pendapat dan dihukum secara total kepada isu lain juga.
Labels:
Indahnya Islam
24 Oktober 2014
Sunnah Nabi SAW Yang Sering Diabaikan
SUNNAH adalah segala sesuatu yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW berkaitan percakapan, perbuatan mahupun senyap diamnya (persetujuan) oleh Nabi Muhammad SAW.
Ia juga bererti sesuatu yang pelakunya mendapat ganjaran pahala dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya.
Di antara perbuatan sunah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut.
Labels:
Indahnya Islam
10 Oktober 2014
Tanah Suci Mekah: Dulu, Kini Dan Menjelang 2017
Keterangan Gambar
Projek pembesaran Masjidil Haram ketika ini di peringkat perluasan bangunan menempatkan laluan Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah (kelihatan bangunan menganjur di atas sebelah kiri dekat dataran Kaabah). Projek pembesaran baharu meliputi separuh paparan replika model gambaran artis seperti tertera yang dijadual siap sepenuhnya pada 2017.
KATA seorang petugas Tabung Haji, dia mencari-cari deretan kedai di pekarangan 100 meter dari Maktab 83, Hotel Abraj Al-Janadariyyah - 900 meter dari Masjidil Haram - sebaik sahaja memasuki Kota Mekah awal bulan lalu.
"Tiada .... Kelihatan lapang tempat itu," katanya sambil menyatakan kepada penulis; "...tahun depan kalau rakan anda dari Utusan Malaysia datang pula ke sini, dia tidak akan berkongsi panorama sama dengan apa yang anda lihat hari ini."
Labels:
Indahnya Islam
26 September 2014
Bertunang Tanpa Sedar
"Lepas habis belajar nanti, awak kahwin dengan saya ya?" kata si lelaki.
"Okey, saya nak kahwin dengan awak." jawab si perempuan.
Pernahkah kita dengar perbualan sebegini atau kita sendiri mengungkapkan kata-kata seperti di atas?
Situasi tersebut sering berlaku dalam kalangan penuntut universiti atau sesiapa sahaja yang sedang hangat bercinta.
Percaya atau tidak, ikatan janji itu, sama ada secara serius atau sekadar main-main, tanpa sedar boleh meletakkan diri sebagai tunangan orang. Mungkin ramai beranggapan, keadaan itu hanya perkara biasa masa kini.
Labels:
Indahnya Islam
Langgan:
Catatan (Atom)