21 Februari 2011

Azizulhasni Juara Keirin Piala Dunia

AZIZULHASNI terjatuh dalam kelompok empat pelumba dan mengalami kecederaan terkena serpihan kayu ketika mengambil selekoh terakhir sebelum terbabas di velodrom Manchester, awal pagi semalam
SERPIHAN kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kiri Azizulhasni dalam perlumbaan di Manchester awal pagi, semalam. Azizulhasni wira tulen, habis pecutan dalam kesakitan

MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini.

Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/
___________________________________________________________________

Rekod Pencapaian Azizulhasni

Mohd Azizulhasni B. Awang (born 5 January 1988) is a Malaysian professional track cyclist.
  • Azizulhasni, was the winner of gold medals in the keirin and 200m sprint events at the Asian Track Championships in April 2008.
  • He was a flag bearer for Malaysian team at the 2008 Summer Olympics in Beijing. He was the highest placed Asian cyclist at the Olympics, finishing eighth in the keirin.
  • He is among 2012 London Olympics gold medal prospects.
  • In 2009, Azizul became the overall winner of the Keirin event in the 2008–2009 World Cup after obtaining two gold medals.
  • Azizul became the first Malaysian to win a medal at the UCI Track Cycling World Championships, when he won silver in the men's sprint event at the 2009 World Championships in Pruszków, Poland.
He is referred to as Azizul the pocket rocket due to his small stature.
(Rujuk: http://en.wikipedia.org/)

p/s: Tahniah diucapkan kepada Azizulhasni atas kejayaan mengharumkan nama negara.... Semoga beliau cepat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya...

0 comments: