21 Februari 2011

Pelajar Bebas Guna Telefon Bimbit


DUA pelajar perempuan kelihatan asyik menggunakan telefon bimbit di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERATURAN melarang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah termasuk di asrama sangat jelas melalui surat pekeliling Kementerian Pelajaran pada Mac 2009.

Ia ekoran meningkatnya masalah disiplin pelajar seperti kes kecurian, pergaduhan dan penyebaran bahan maklumat negatif serta lucah.

Di samping itu, penggunaan telefon bimbit mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Persoalannya, sejauhmanakah para pelajar mematuhi syarat ini dan bagaimana pula pihak sekolah mengawal peraturan tersebut?

Begitu juga di kalangan ibu bapa atau penjaga, adakah mereka sedar kesan yang timbul atau sekadar melihat peranan telefon bimbit itu penting untuk tujuan pemantauan anak masing-masing?



Siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sekitar ibu negara mengumpulkan maklumat berikut:
  • Pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah secara curi-curi.
  • Tujuan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah untuk berhubung bersama rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) 
  • Pelajar jarang sekali menggunakannya untuk menghubungi ibu bapa walaupun alasan membawanya adalah untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu atau jika berlaku sebarang kecemasan.
  • Pelajar menggunakan alat telekomunikasi tersebut untuk mendengar lagu.
  • Pelajar menghabiskan kira-kira RM10 ke RM40 sebulan yang diberi oleh ibu bapa bagi tujuan isian semula kredit.
  • Kes kecurian telefon bimbit kerap berlaku kerana ada antara pelajar memiliki telefon yang canggih dan mahal seperti BlackBerry dan iPhone
  • Segelintir pelajar menyimpan dan memuat turun gambar atau klip video lucah.  
Ikuti hasil siasatan tersebut dalam: http://www.utusan.com.my/
______________________________________________________________

http://www.myiphoneempire.com/wp-content/uploads/2009/11/iphone.jpg

Pelajar yang didapati membawa telefon bimbit ke sekolah wajar dikenakan denda bagi memastikan larangan membawa alat komunikasi tersebut dipatuhi.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, hukuman denda dalam bentuk wang itu diyakini dapat memberi pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar-pelajar ingkar.

Ini kerana, menurut beliau, hukuman merampas telefon bimbit seperti yang dilaksanakan sekarang dilihat kurang mendidik tambahan pula pelajar dibenarkan menuntut kembali hak mereka itu apabila tiba hujung tahun.

"Justeru saya berharap kerajaan dapat menimbangkan cadangan PIBGN agar denda sekurang-kurangnya RM5 sehari dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang masih berdegil membawa telefon bimbit ke sekolah.

"Saya yakin dengan adanya hukuman lebih tegas ini dapat mengurangkan dan setidak-tidaknya mengawal penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa kini," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Tambah Mohamad Ali, hukuman denda itu sama sekali tidak bertujuan untuk membeban atau memudaratkan pelajar apatah lagi menidakkan hak seseorang terhadap kemajuan teknologi.

"Kalau sehari mungkin mereka mampu bayar. Tapi kalau setiap hari didenda pasti lama-kelamaan mereka akan berhenti membawa alat telekomunikasi tersebut.

"Malah, secara tidak langsung, wang hasil denda itu juga boleh digunakan kembali oleh pihak sekolah dalam urusan kebajikan dan pembangunan institusi tersebut," katanya.

Rujuk: http://www.utusan.com.my/

0 comments: