21 Februari 2011
Pekebun Kecil Getah Mendapat Hasil Lumayan
KENAIKAN harga getah yang berterusan pada masa kini kepada paras tertinggi dalam sejarah memberikan impak positif ke atas industri getah negara dan kepada pekebun kecil yang menjadi penyumbang terbesar kepada pengeluaran getah negara.
Jumaat lalu, harga gred getah SMR 20 didapati mencatatkan harga RM17.34sekilogram iaitu paras tertinggi pada bulan ini. Pada sepanjang tahun lalu, harga getah SMR 20 mencatatkan pertambahan sebanyak 55 peratus manakala harga lateks pukal menaik sebanyak 61 peratus.
Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr Salmiah Ahmad, berkata harga getah menunjukkan pengukuhan sejak akhir Disember tahun lalu berikutan arah aliran mengukuh pasaran hadapan Tokyo.
Beliau berkata, ia juga disumbangkan kekurangan bekalan bahan mentah akibat hujan lebat dan banjir berterusan, permintaan tinggi dari industri permotoran khususnya dari China serta pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Katanya, harga getah yang memberangsangkan itu didapati menggalakkan lagi aktiviti torehan khususnya di kalangan pekebun kecil yang terbabit secara langsung dalam aktiviti pengeluaran getah di peringkat huluan.
“Ia jelas dapat dilihat menerusi peningkatan dalam pengeluaran getah untuk tiga suku tahun pertama 2010 iaitu sebanyak 702,117 tan, 82,904 tan atau 13.4% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2009.
“Daripada jumlah pengeluaran ini, 94.2 peratus disumbangkan sektor pekebun kecil dan ia menunjukkan tindak balas positif pekebun kecil terhadap peningkatan harga getah semasa,” katanya.
Harga purata SMR 20 pada tahun lalu adalah pada RM10.5808 sekilogram iaitu peningkatan se 66 peratus daripada RM6.3736 sekilogram pada 2009. Harga purata lateks tahun lalu pada RM7.4336 sekilogram iaitu peningkatan sebanyak 66 peratus daripada RM4.4752 sekilogram pada 2009.
Salmiah berkata, kesan aktiviti pengeluaran yang aktif itu memberikan hasil pulangan yang tinggi terutama kepada pekebun kecil dan secara tidak langsung meningkatkan status sosio ekonomi golongan berkenaan.
Beliau berkata, pekebun kecil yang mempunyai 2.3 hektar tanah getah sebelum ini dilihat sebagai golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan RM1,900 sebulan pada 2008 dan RM1,440 sebulan pada 2009 kini berupaya menikmati purata pendapatan lumayan iaitu melebihi RM2,500 sebulan.
Sementara itu,
KUALA LUMPUR 4 Mac – Harga getah asli yang berada di paras tertingginya ketika ini perlu dikawal segera agar ia kekal kompetitif berbanding saingannya, getah tiruan, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin hari ini.
Beliau berkata, harga komoditi itu kini tiga kali lebih tinggi berbanding getah tiruan atau sintetik sekali gus memungkinkan pengguna-pengguna industri beralih kepada bahan tiruan.
Sekiranya perkara ini berlaku,Hamzah berkata, permintaan getah asli akan jatuh merudum dan mengambil masa untuk kembali stabil di pasaran.
‘‘Selain itu juga, China yang mempunyai simpanan stok getah asli yang banyak dijangka mengeluarkan stoknya tahun ini dan tindakan itu dijangka memberi kesan kepada harga pasaran dunia," katanya lagi (Rujuk: http://www.utusan.com.my)
Sumber:
http://www.bharian.com.my/
p/s: Alhamdulillah... Rezeki kepada pekebun-pekebun kecil. Diingatkan kepada semua pekebun kecil bahawa harga bahan mentah adalah tidak stabil dan selamanya kekal pada tahap yang tinggi. Adalah lebih baik mereka mengambil langkah menabung atau melaburkan pendapatan mereka kini ke Amanah Saham.
Saya percaya pada saat harga getah yang sedemikian tinggi, ramai yang berkira-kira untuk memiliki kebun dan berhasrat untuk menanam getah.
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan