27 Februari 2011
Gaddafi Terus Mengganas Selepas Kumpul Harta
TRIPOLI - Gaddafi memberi amaran beliau tidak akan teragak-agak untuk membakar seluruh Libya jika rakyat terus menentangnya. Amaran tersebut disampaikannya dalam satu ucapan di Dataran Hijau di sini semalam yang disiarkan oleh televisyen negara itu.
Di hadapan saki baki penyokongnya, diktator Libya itu berkata, beliau tidak gentar untuk mati dan menyeru para penyokongnya supaya bersedia untuk mempertahankan negara.
Malah, ujarnya: "Rakyat Libya sayangkan saya."
Semalam, Gaddafi mengumumkan bahawa orang awam yang menyokongnya akan diberikan senjata api untuk memerangi dan membunuh para penunjuk perasaan.
Tindakan tersebut dijangka akan mencetuskan pertumpahan darah besar-besaran di Tripoli.
“Kita akan lawan mereka dan kita akan kalahkan mereka. Jika perlu, kita akan buka semua tempat simpanan senjata,” kata Gaddafi yang merampas kuasa ketika berpangkat kolonel pada 1969.
Hampir keseluruhan wilayah timur Libya tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi sejak penentangan meletus di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu, menyusuli pemberontakan di Mesir dan Tunisia. (Rujuk: http://www.bharian.com.my)
PENUNJUK perasaan anti-Gaddafi menghadiri solat Jumaat sebelum meneruskan protes terhadapnya di Tripoli
Juga semalam, askar-askar yang setia kepada Gaddafi dengan dibantu beberapa kereta kebal menyerang Pangkalan Udara Misrata berhampiran Tripoli.
Pangkalan udara itu sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.
Setakat semalam, mereka berjaya merampas sebahagian pangkalan tersebut selepas bertempur dengan penduduk tempatan dan unit-unit tentera yang berpaling tadah.
Setakat ini, lebih 2,000 orang terbunuh manakala ribuan yang lain cedera sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan rejim Gaddafi tercetus hampir dua minggu lalu.
Seorang rakyat Malaysia menceritakan pengalaman,
“Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli menjadi seperti zon perang apabila polis dan tentera Libya mula memukul penunjuk perasaan dan warga asing yang tidak mempunyai tiket penerbangan tetapi mahu meninggalkan negara berkenaan sehingga ada di kalangan mereka berdarah di kepala, pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans,” (Rujuk BHarian)
Sementara itu,
"Presiden Barack Obama menegaskan apabila seseorang pemimpin menggunakan keganasan terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, pemimpin itu hilang kewibawaan untuk memerintah dan dia perlu meninggalkan negara itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. (Rujuk: http://www.bharian.com.my)
Berapa banyak harta yang telah dikumpul oleh Gaddafi?
Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.
Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion).
Sebuah akhbar Britain melaporkan jumlah aset Gaddafi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau telah mengumpulnya sejak memerintah Libya selama lebih 40 tahun.
Akhbar Belanda, De Volkskrant, melaporkan sekitar AS$40 bilion (RM122 bilion) asetnya berada di Libya manakala bakinya disembunyikan di luar negara.- Agensi.
p/s: Rakyat bukannya bodoh. Tiada rakyat yang inginkan pemerintah yang begitu jelas kejam dan tak berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Rata-rata masyarakat dunia mengecam tindakannya. Suatu hari nanti dengan izin Allah pasti kita akan melihat kejatuhan pemerintah ini.
Al-Fatehah kepada mangsa kekejaman Gaddafi.
Kata Yusuf al-Qaradawi di stesen TV Al-Jazeera, :Sesiapa di kalangan Angkatan tentera Libya yang mampu menembak peluru kepada Mr. Gaddafi dia harus melakukannya,"
Nasihat Yusuf al-Qaradawi untuk tentera Libya, "Jangan ikut telunjuk diktator gila ini untuk membunuh bangsa sendiri."
Sila klik dan baca entri ini sebagai ikhtibar.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan