20 Disember 2011
Pengasingan Sisa Pepejal Bermula Disember 2012
Langkah untuk menggalakkan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula akan dilaksanakan pada Disember 2012, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
Melalui pengasingan sisa pepejal itu, syarikat konsesi terbabit memungut sisa kitar semula sekali seminggu. Kementerian akan mewujudkan sistem kutipan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekali seminggu bermula 1 September 2012 di semua negeri di Semenanjung kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Perak.
"Dalam masa yang sama kita akan beri galakan dan melaksanakan kempen kesedaran mengenai amalan kitar semula ini dan selepas tiga atau empat tahun, apabila tahap kesedaran masyarakat sudah cukup tinggi kita akan mewajibkan semua penduduk untuk mengasingkan sisa-sisa ini dan mereka yang ingkar akan didenda," tegasnya.
“Sebelum dapat melakukan langkah mandatori, orang ramai perlu diberi kesedaran dan diminta mengamalkan proses kitar semula ini di rumah dalam sistem kutipan sisa pepejal ini. Kerajaan turut menyediakan tong kitar semula untuk semua isi rumah bagi memudahkan mereka mengasingkan sisa pepejal masing-masing,” katanya.
Tiga syarikat konsesi iaitu Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) akan bertanggungjawab melaksanakan pengurusan sisa pepejal di Zon Tengah dan Timur Semenanjung; Environment Idaman Sdn Bhd (Environment Idaman) di Zon Utara dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) di Zon Selatan.
40 peratus daripada sisa pepejal dibuang setiap hari oleh setiap isi rumah adalah sisa pepejal boleh dikitar semula dan berharap orang ramai dapat melakukan pengasingan sisa pepejal di rumah mereka.
Jika rakyat di negara ini dapat mempraktikkan sepenuhnya amalan mengitar semula, sebanyak 40 peratus sisa organik dan sisa yang dibuang dapat dikurangkan, daripada 25,000 tan sisa dijana setiap hari.
Daripada 166 tapak pelupusan yang beroperasi di negara ini, hanya lapan yang bertaraf sanitari, menjadikan selebihnya berpotensi untuk mencemarkan alam sekitar terutama sumber alam sekitar seperti air dan udara. Tapak itu juga menjadi titik panas dalam menyebarkan penyakit bawaan vektor seperti tikus dan seterusnya menjejaskan kesihatan awam.
"Oleh itu, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab mesti memainkan peranan kita menangani masalah sisa pepejal dengan mengamalkan 3R Reduce (mengurang), Reuse (guna semula) dan Recycle (mengitar semula)," katanya.
Chor turut melancarkan talian bebas tol aduan sisa iaitu 1-800-88-7472 (SISA) yang membolehkan pengguna dari seluruh negara, kecuali Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang setakat ini tidak terbabit dengan pelaksanaan Akta 672 (pembersihan sisa pepejal dan pembersihan awam), membuat aduan mengenai masalah sampah, longkang atau rumput, serta memberikan idea berkaitan.
Sumber: BHarian Artikel 1, BERNAMA dan BHarian Artikel 2
Labels:
Maklumat Umum,
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
so kena asingkan lah nanti yeaaa...hrmmmmm
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-13-wednesday-worst-word.html
salam;
tak apa berlajar dari mula...yang penting kesihatan di jaga...
Catat Ulasan