23 Januari 2013
Panduan Penjagaan Kanta Lekap (Contact Lens)
Memang tidak dapat dinafikan, kanta lekap (contact lens) berperanan besar sebagai alternatif membantu si pemakai menghadapi gangguan penglihatan, namun risikonya yang berbahaya perlu anda tanggung sekiranya cara penggunaannya tidak dipatuhi.
Sekiranya masih ada yang memilih untuk menggunakan kanta lekap, sila pastikan anda dapat mendisiplinkan diri agar aspek kebersihan mata, tangan dan udara di sekeliling kamu benar-benar terjaga. [Utusan]
Selain dari menjaga aspek kebersihan mata tangan dan persekitaran, pastikan anda juga mematuhi kaedah-kaedah penjagaan kanta lekap yang sepatutnya.
Panduan Penjagaan Kanta Lekap:
* Bersihkan, cuci, bilas dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kata lekap. Gunakan sabun pencuci tangan bagi membunuh kuman dan pastikan tangan dibilas bersih dan kering. Saki baki losen, sabun atau sebarang bahan kimia yang terkena pada kanta lekap akan menyebabkan rasa pedih, gatal atau penglihatan kabur.
* Hanya gunakan larutan pencuci kanta lekap yang disarankan doktor mata atau pakar optik anda.
Ikut arahan sentiasa pastikan anda mematuhi arahan pengendalian kanta lekap.
* Bersihkan bekas kanta lekap setiap kali selepas digunakan. Bilas dengan larutan pencuci kanta lekap beberapa kali dan biarkan kering. Tukar bekas ini setiap bulan atau seperti yang disarankan pengeluarnya.
* Potong kuku. Kuku panjang menyimpan pelbagai kuman, bakteria dan virus di dalamnya. Gunakan hujung jari bila mengendalikan kanta lekap. Elakkan penggunaan kuku atau alatan yang tajam.
* Perhatikan kanta lekap anda sebelum memakainya. Pastikan ia tidak terbalik kerana ia akan menyebabkan ketidakselesaan.
* Lekapkan kata lekap sebelum memakai bahan kecantikan atau sebelum menyapukan mekap pada kelopak mata. Tanggalkan kanta lekap dulu sebelum membersihkan mekap mata. Bagi mereka yang memakai mekap mata, pastikan alat mekap anda ditukar setiap tiga bulan bagi mengelakkan pengumpulan bakteria.
* Elakkan semburan seperti pewangi atau semburan rambut berdekatan mata kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.
* Jangan sekali-kali menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap anda walaupun ia air suling.kerana ia antara punca bakteria. Gunakan cecair pencuci kata lekap (multi-purpose solutions atau MPS) yang disyorkan. Ia perlu mematuhi standard FDA/ISO dan tidak menimbulkan masalah kepada dinding perlindungan kornea mata.
* Cuci dan keringkan dengan udara tempat simpanan kanta lekap setiap hari selepas memakai kanta lekap di mata. Gunakan MPS dan jangan bertangguh. Amat penting memastikan tempat simpanan kanta lekap sentiasa dibersihkan dan dikeringkan apabila tidak digunakan. Ini untuk mengelakkan bakteria dan kulat halus membiak. Tukarkan cecair MPS dalam tempat simpanan kata lekap setiap hari.
* Setiap kali kata lekap ditanggalkan, ia perlu dibersihkan, dibilas dan dinyah kuman sebelum kanta lekap digunakan semula. Tempat simpanan kanta lekap perlu ditukarkan berdasarkan saranan pengeluar.
* Jangan mencampurkan dua larutan pembersih kanta lekap berlainan. Anda mungkin sensitif pada satu-satu jenama.
* Tanggalkan kanta lekap apabila mahu berenang atau mandi air panas.
* Jangan tidur dengan kanta lekap. Walaupun ramai tahu ia boleh mengundang masalah pada mata, masih ada yang ‘melanggar’ nasihat ini. Pemakaian kanta lekap ketika tidur akan menyebabkan mata mengalami masalah kekurangan oksigen. Akibatnya, kanta lekap akan menjadi kering dan melekat pada mata hingga sukar ditanggalkan. Dalam keadaan ini titiskan cecair mata.
* Jangan pakai kanta lekap dalam tempoh yang terlalu panjang. Sebaiknya pemakaian kanta lekap tidak melebihi 10 jam sehari. Beri mata anda ‘bernafas dengan selesa’ pada hujung minggu atau setidak-tidaknya apabila anda berada di rumah dengan memakai kaca mata.
* Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang ditetapkan pengeluar. Kanta lekap akan kering dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ketahui jangka masa pemakaian lekap anda. Jika ia adalah kanta lekap pakai buang harian, bermakna ia hanyalah untuk satu hari.
* Jika anda mengalami sebarang masalah mata sama ada mata menjadi merah, gatal atau penglihatan menjadi kabur - tanggalkan kanta lekap anda dan segeralah pergi berjumpa doktor mata.
* Jangan sekali-kali meminjam kanta lekap orang lain. Ini termasuk kanta lekap untuk tujuan kecantikan terutama jika ia pernah digunakan walaupun sekali.
* Mata individu yang memakai kanta lekap biasanya lebih sensitif terhadap sinaran matahari. Justeru itu pakailah cermin mata pelindung cahaya matahari atau topi apabila berada di luar terutama pada waktu panas terik.
* Pastikan mulut botol larutan pembersih kanta lekap anda tidak tersentuh pada sebarang objek atau permukaan termasuk jari anda. Jika mulut botol ini tercemar, seluruh larutan di dalamnya akan turut tercemar.
* Jumpa doktor mata setiap tahun untuk pemeriksaan kanta lekap.
* Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang pengambilan ubat. Ini disebabkan ada jenis ubat yang boleh menyebabkan kegatalan mata atau kekaburan.
Sumber: HMetro
Labels:
Kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments:
Ohhh mata saya memang tersangat sensitive malah contact lense untuk the most sensitive eyes pun x boleh.
kalau tak dijaga rapi , memang mudah mata nak terkena infection . nasib baik laa bella ni elok lagi penglihatan nye . alhamdulillah
bagus ni.. tapi leceh. sebab itu mia lebih selesa guna cermin mata...
sape2 yg pakai contact lens memang patut ikut panduan nie..sebab nak elakkan dr terkena kangkitan kuman yg boleh membuatkan mata anda makin rabun atau terus jadi buta..ramai dah yg tersalah pakai contact lens nie sebab xtau cara pemakaian yg betul..so, ikut panduan tersebut mungkin menjauhkan anda dr perkara x diingini..
Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus tahu mengenai risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.
Catat Ulasan