10 Februari 2013
Saintis Jepun Temui Spesies Sotong 'Terbang' Neon
Gambar yang diambil oleh Kouta Muramatsu dari Universiti Hokkaido pada 25 Julai 2011 merakamkan spesies sotong laut yang dipercayai mampu terbang, ditemui di barat laut Pasifik kira-kira 600 kilometer dari timur Tokyo.
Saintis Jepun mendedahkan penemuan satu spesies sotong laut yang mampu 'terbang' sehingga 30 meter di udara dengan kelajuan lebih pantas berbanding pelari pecut nombor satu dunia, Usain Bolt.
Penyelidik Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto berkata, Sotong Terbang Neon itu, juga berkeupayaan melompat dari permukaan air bagi mengelakkan diri dimakan pemangsa, sebelum membuka sirip untuk terbang pada kelajuan 11.2 meter sesaat.
Katanya, pemenang pingat emas Olimpik, Bolt mencatat kelajuan 10.31 meter sesaat ketika memenangi gelaran pelari pecut nombor satu dunia pada tahun 2012 lalu.
Penemuan itu didedahkan ketika Yamamoto melakukan kajian bersama pasukan penyelidiknya di kawasan terumbu yang dihuni spesies Sotong Terbang Jepun di barat laut Pasifik, 600 kilometer ke timur Tokyo dua tahun lalu pada tahun 2011.
Ketika menghampiri kawasan itu, sekumpulan sotong berukuran 20 sentimeter secara tiba-tiba melompat dari air setinggi 30 meter untuk menyelamatkan diri daripada pemangsa.
"Penemuan kami ini mengesahkan spekulasi orang ramai sebelum ini yang menyatakan mereka pernah melihat sotong terbang. Kajian kami ini mendapati sotong bukan sekadar hidup di dalam air," katanya.
Kajian tersebut telah disiarkan dalam majalah sains Jerman, Marine Biologi pada minggu ini.
Sumber: Utusan
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
biar betul 11 meter sesaat... bapak laju..
Dasat ye makhluk ciptaan Allah.
abisla...lepas ni susah la nak tangkap sotong tu..
Catat Ulasan