03 Februari 2011
Pasar Malam Maut di Kuala Ibai
Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan.
KUALA TERENGGANU: Pasar Malam Kuala Ibai di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut di sini sudah meraih reputasi sebagai pasar malam maut apabila sudah banyak pengguna menjadi korban kerana keliru dengan perubahan aliran trafik di kawasan itu setiap kali pasar malam beroperasi.
Justeru, orang ramai yang sudah tidak tahan melihat banyak kemalangan maut menyayat hati, termasuk terbaru minggu lalu membabitkan seorang lelaki baru 20 hari mendapat anak sulung, meminta supaya pasar malam di kawasan itu dipindahkan ke tapak lain.
Dalam tempoh dua tahun, pasar malam di situ sudah merekodkan empat kemalangan maut selain kemalangan yang membabitkan kecederaan.
Dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang jurukimpal terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan kereta.
Kemalangan sering berlaku terutama membabitkan orang luar yang datang dari kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan mengambil Jalan Kampung Tok Adis untuk ke Kampung Laut.
Ketiadaan tanda jalan dikatakan menjadi punca menyebabkan ramai pengguna luar terus memandu di laluan bertentangan selepas kawasan pasar malam, sedangkan mereka sepatutnya masuk semula ke laluan kiri dan meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh, berkata sudah banyak kali pihaknya mengadakan perbincangan dengan persatuan peniaga pasar malam di kawasan itu, namun sukar untuk mengalihkan lokasinya kerana tiada kawasan baru sesuai.
p/s: Jika tapak pasar malam alternatif utk berpindah belum dapat dikenal-pasti, maka penyediaan papan tanda jalan harus diutamakan demi keselamatan pengguna jalan raya. Menyediakan petugas yang mengawal lalu-lintas adalah satu alternatif lain yang boleh difikirkan bersama.
Menutup tapak pasar tersebut tanpa tapak pengganti pasti akan menimbulkan konflik kerana menghentikan ruang perniagaan para peniaga yang sangat bergantung kepada tapak pasar malam utk mencari rezeki..
Berapa banyak kematian diperlukan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan?
http://www.bharian.com.my/
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan