24 Jun 2012

Seni Ukiran Buah Dan Sayur


Ukiran pada buah membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Sentuhan hiasan seni ukiran buah-buahan dan sayur mendapat sambutan yang menggalakkan. Rekaan berbentuk bunga, tulisan atapun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Jika dahulu, perhiasan hanya terhad kepada bunga kini ukiran atau lebih dikenali dengan nama carving menjadi amat popular.

Seni ini seolah-olah merentasi dunia dengan sendirinya apabila ia mudah di lihat dalam restoran eksklusif, dewan bankuet bertaraf hotel lima bintang, majlis perkahwinan dan juga dalam kelas-kelas masakan yang banyak menyediakan perkhidmatan mengajar cara-cara mengukir buah dan sayur.


Kebolehan mengukir diperlukan untuk menghasilkan sebuah ukiran kreatif. Chef Sukor Rahim merupakan antara tokoh seni ukiran buah dan sayur terkenal. Kerja seninya itu kini ditempah laris bak pisang goreng. Setiap hiasan yang dihasilkannya dibuat dengan penuh teliti.


UKIRAN artistik Chef Sukor Rahim dilakukan dengan penuh tumpuan dan kesabaran.

Baginya kerja-kerja mengukir boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk yang diingini dan asasnya hanya bermatlamat untuk menarik perhatian ramai.

"Contohnya apabila kita melihat buah labu, pelbagai rekaan boleh dilakukan menggunakan buah ini. Gunakan imaginasi anda. Saya percaya semua individu memiliki daya kreatif dalam diri masing-masing," jelasnya.

Chef Sukor berkata, seni ini amat mudah dipelajari dan ukiran yang artistik memerlukan tumpuan dan kesabaran.

"Untuk menghasilkan sesuatu hiasan, kita hanya perlu mengukir sedikit demi sedikit di atas permukaan kulit buah dan sayur menggunakan pisau bersaiz kecil. Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua yang hadir," katanya.

Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, Chef Sukor berkata, pemilihan buah dan sayur yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik.


Pisau untuk mengukir buah dan sayur

"Buah-buahan dan sayur-sayuran amat unik. Ia berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk. Gabungan warna buah dan sayur-sayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik," katanya.

Menurutnya, antara buah dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal, pear, nenas, pisang, mangga dan lain-lain.

"Buah dan sayur keras lebih mudah diukir dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk memahirkan proses ukiran. Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci," katanya.

Sumber: Utusan



Beberapa contoh seni yang terhasil daripada ukiran buah:


Seni Ukiran Buah 1


Seni Ukiran Buah 2

9 comments:

StuntWomanWho :) berkata...

cantik nya (:

Noor Atikah Ramli berkata...

kreatif btol diorang :))

Rintihan HambaMu berkata...

Subhanallah..cantik sangat.

Unknown berkata...

perghh kreatip sunggoh

Tinta Lana berkata...

Salam..huii, seni no 1 tu..serupa je smua kelopaknya! >_<

Unknown berkata...

ini sayang nk makan ni nanti

http://encikcopypaste.blogspot.com/

caliph shuriken berkata...

ni seni kreatif level tinggi ^^

missha berkata...

kreatif and cantik :)

jakel berkata...

salam, sy nk tahu, apakah kriteria yg biasa juri tgok dlm craving ni?