06 Mei 2012
Kuasa Luar Biasa Bantal Busuk
Bantal busuk dengan karakter Angry Bird menjadi pilihan kanak-kanak masa kini.
KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi. Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk.
Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.
Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan.
Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.
Mesti bersama
Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya mesti bersama walau ke mana-mana saja.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menyifatkan tabiat itu hanyalah bersifat sementara iaitu pada zaman kanak-kanak sahaja. Namun, tabiat itu sebenarnya boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal sejak awal lagi.
Ammirul Ashraf, 18, mengakui masih menyimpan bantal dan selimut yang menjadi peneman tidurnya sejak dia berumur setahun. Biarpun sudah menjangkau usia remaja, namun Ammirul belum berhasrat untuk membuang bantal dan selimut busuknya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia tidak berasa malu asalkan kedua-dua barangan itu berada bersamanya lebih-lebih lagi ketika waktu tidur atau apabila keluar dari rumah untuk tempoh yang lama. Dengan adanya bantal tersebut, dia dapat tidur lena dengan memeluknya.
Tidur lena bertemankan bantal busuk berbentuk haiwan
Bercerita mengenai tabiatnya, segala-galanya bermula ketika Ammirul Ashraf berusia setahun apabila ibunya memberi sebiji bantal untuk dipeluk. Niat ibunya adalah supaya Ammirul dapat tidur nyenyak. Sejak itu, Ammirul Ashraf tidak pernah meninggalkan bantal busuknya itu. Bahkan, dia akan membawanya ke mana-mana sahaja apabila dia keluar rumah.
Menyorokkan bantal
Bagaimanapun, tabiat gemar melekat dengan bantal busuk itu hanyalah bersifat sementara. Ammirul Ashraf mengakui apabila melangkah ke alam remaja, sifat malu datang dengan sendiri. Justeru, bantal busuk itu terbatas penggunaannya iaitu hanya apabila dia berada di rumah sahaja.
"Saya rasa tabiat ini tidak memudaratkan kesihatan kerana saya hanya memerlukan bantal berkenaan sebagai peneman tidur sahaja dan bukanlah dikendong ke mana-mana saja seperti anak kecil," ujarnya.
Ujar Ammirul Ashraf, ibu termasuk adik-beradiknya pernah membuat cubaan beberapa kali menyorokkan bantal kesayangannya itu. Mengimbau pengalaman terpaksa berenggang dengan bantal itu beberapa kali, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak dapat tidur lena.
Semuanya gara-gara salah seorang kakaknya menyorokkan bantal busuknya itu supaya Ammirul Ashraf meninggalkan tabiatnya itu.
"Seingat saya, ia berlaku ketika saya masih kecil lagi. Masa itu memang susah untuk tidur. Saya cuba sedaya upaya mencarinya tetapi gagal dan akhirnya terlelap gara-gara penat," ungkapnya sambil memberitahu, dia jarang membasuh bantal busuknya.
Ammirul Ashraf mengakui dia tidak berasa malu kerana kedua-dua barangan itu akan dibawa bersama sewaktu tidur sahaja. Sehubungan itu, dia belum memasang niat untuk membuang bantal dan selimut busuknya itu kerana ia mempunyai nilai sentimental.
Tidak berenggang
Sementara itu, bagi Munirah Salim, 27, mempunyai anak yang menggemari bantal busuk bukan satu masalah kepadanya. Ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Qaid Ariff Mohd. Hafiz itu memberitahu, anaknya yang baru berusia setahun sudah mempunyai selimut busuk sejak berumur empat bulan lagi.
Kuasa luar biasa bantal busuk sebagai peneman tidur.
Tuturnya, selimut tersebut digunakan untuk menyelimutkan tubuh badan anaknya itu. Namun, selepas beberapa bulan dia mengambil selimut itu untuk dibasuh dan menukarkannya kepada yang lain, anaknya itu kelihatan tidak keruan.
"Ketika itu, Qaid asyik merengek sehinggalah saya berikan semula selimut terbabit barulah dia berasa tenang itupun selepas merenyukkannya dengan kain lain," ujar Munirah ketika ditemui baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai tabiat anaknya itu, Munirah memberitahu, selimut tersebut akan dibawa ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.
"Bayangkan, kalau hendak ke stesen minyak mahupun kedai runcit, selimut itu pasti akan dibawa. Jika tiada selimutnya, dia memang tidak akan duduk diam, ada sahaja yang tidak kena.
"Saya dan suami tidak akan lupa membawa selimutnya setiap kali keluar dari rumah," jelas Munirah mengakui dia juga mempunyai tabiat yang sama seperti anaknya ketika zaman kecilnya.
Semasa zaman kecilnya, anak jati Perlis itu turut memiliki kain pelikat milik ayahnya. Tabiat itu mula timbul apabila ayahnya berkursus beberapa hari. Pada masa itu, Munirah terlalu rapat dengan bapanya. Ketiadaan bapanya menyebabkan Munirah sentiasa menangis. Justeru, untuk memujuk Munirah, ibunya memberikan kain pelekat bapanya.
Namun lama-kelamaan, Munirah, tidak dapat berenggang dengan kain pelikat tersebut sehinggalah umurnya berusia 12 tahun.
"Namun, apabila semakin meningkat dewasa, timbul rasa malu dalam diri dan secara tidak langsung saya berjaya membuang tabiat itu tanpa sebarang paksaan," jelas Munirah sambil berharap anaknya itu juga mengikut jejaknya.
Sumber: Kosmo
Labels:
Santai Sejenak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 comments:
salam;
kalau anak bongsu saya bantaibusuk kini sudah 5tahun masih tidak mahu ditukar dengan yang baru
M memang tak galakkan my son ada habit camtu.. Risau kl x bleh berenggang nanti..
comel bantal bucuk ni
biar namanya bantal bucuk..jgn betol2 bucuk da la..nk tdo pun xlena.. :)
dh lame xde bntal busuk.. kekeke :)
ada adik perempuan yg sejak lahir ada bantal busuk. sampai sekarang tak nak buang wpun bantal tu dah koyak.ekeke
comel bila tengok budak2 tak boleh berengang ngan bantal busuk..hikkk
saya xde bantal busuk hehe
ank sdara sy x bg org lain amik bantal bucuk dia, hikk...
sy dh tua tp msih ada bntal busuk lg he =)
tak nak bantal busuk..nak bantal peluk..hee
hahahah dulu ada pastu dah kena buang ngan my mom >_<
Ni salah satu topic evergreen... Nasib baik saya xde bantal bucuk.. Tapi saya suka tdo dgn bantal yg byk..
Ni salah satu topic evergreen... Nasib baik saya xde bantal bucuk.. Tapi saya suka tdo dgn bantal yg byk..
saya pun ad bantal bucuk..sayang sgt bantal bucuk tu..orang lain x boleh pakai bantal tu:)
Catat Ulasan