Nuff Atas

07 Mei 2011

Kadar Baru Kompaun Saman Trafik



KUALA LUMPUR - Kerajaan menyeragam dan menyelaraskan sistem pembayaran saman berdasarkan konsep the more you delay, the more you pay bagi semua kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Penyeragaman dan penyelarasan semula kesalahan lalu lintas bagi semua kenderaan tersebut diumumkan oleh PDRM melalui laman sosial Facebook PDRM semalam.

Penyeragaman dan penyelarasan pembayaran saman tersebut berkuat kuasa mulai 1 Mac lalu. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah mengikut kategori kesalahan, jenis kenderaan, jumlah kompaun perlu dibayar mengikut tempoh masa yang ditentukan.

Sumber; Kosmo.

0 comments: