28 Mei 2011

Keputusan SPM 8A+ Layak Biasiswa JPA

Kepada pelajar-pelajar yang berada di tingkatan lima dan akan mengambil SPM. Ini adalah makluman penting buat anda.

Barangkali telah berulang-ulang kali pengetua anda mengingatkan agar belajar bersungguh-sungguh sehingga memperolehi 'straight A' dalam SPM. Apakah ertinya 'Straight A' ini dalam kehidupan anda? Bacalah laporan berikut ini.



KUALA LUMPUR: Semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa mengira bangsa layak mendapat tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di dalam dan di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak berjanji bahawa mereka yang dapat 8A+ dalam SPM ditawarkan belajar di luar negara.

“Ramai pelajar cemerlang ini dapat tawaran sambung belajar di dalam negara dan katalah dia dapat tawaran buat diploma oleh universiti tempatan, maka kita beri jaminan jika dia dapat kursus diploma dia boleh sambung ijazah pertama.


“Begitu juga jika pelajar cemerlang SPM ini ditawar masuk matrikulasi, apabila dia masuk universiti kita akan membiayai kos dia di universiti. Kita hanya akan biayai pelajar (SPM 8A+) dalam program ijazah pertama saja.

JPA hanya menawarkan biasiswa mengikut bidang yang dikategorikan sebagai kritikal. Antaranya bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial yang diperlukan dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Sumber: BHarian

0 comments: