02 Mei 2011

Perhentian Bas Terbatuk-Batuk.

Jangan terkejut... Jika anda terdengar orang terbatuk-batuk dengan batuk berkahak apabila anda menghampiri sebuah hentian bas di London. Padahal ketika itu tiada orang lain di situ melainkan anda seorang sahaja.



LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya.

Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.


Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.

Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer.

Sumber: Kosmo,



p/s: Berbagai cara kempen dilancarkan untuk menyekat kemahuan orang merokok dengan objektif kehidupan bebas tanpa rokok. Gambar di atas adalah salah satu cara berkempen....

1 comments:

Far8 budak baik berkata...

ak nk kawin
lebih kurang mcm ni nnti..
sumpah jeles haha