Nuff Atas

02 Mei 2011

Gaun Pengantin Kate berharga RM346 di China.

Berapakah harga sebenar pakaian pengantin Kate Middleton?



Harga baju pengantin sebenar Middleton bernilai £38,000 (RM188,000). Bagaimanapun di China ia boleh diperolehi dengan harga yang lebih murah. Barangkali ini berita baik untuk bakal pengantin perempuan yang ingin bergaya ala Kate Middleton di hari persandingan mereka kelak.

BEIJING: GAUN yang dipakai Kate ketika majlis perkahwinannya mendapat permintaan tinggi di China. Lebih 700 kilang baju perkahwinan dan kedai di Tiger Hills, di bahagian lama bandar raya Beijing, merancang menawarkan pakaian pengantin seumpama isteri Putera William, Duchess of Cambridge Kate Middleton yang direka Sarah Burton dari syarikat Alexander McQueen dengan kadar yang murah.


“Kami sudah meniru banyak pakaian sebelum ini, dan tukang jahit kami meniru gaun Puteri Diana dengan 80 peratus hampir sama,” kata pengurus pengeluaran kilang pakaian perkahwinan, Bo En Qiao, Xu Xiang, 24.

Di belakang beliau, 20 pekerja sibuk menyiapkan gaun bersulam menggunakan imej pengantin diraja itu yang diletakkan dalam skrin monitor sebagai panduan.

“Kami mengambil masa 15 hingga 20 hari untuk menyiapkan versi pakaian perkahwinan diraja terkini itu yang hanya dijual dengan harga £70 hingga £90 (RM346 hingga RM445),” tambahnya.



Dengan harga terbabit, tentunya gaun pengantin tiruan China itu tidak disediakan dengan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik ‘carrickmacross’ atau kain satin berwarna putih gading dengan kualiti sama.

Bagi layah sepanjang 2.7 meter pula, Xu berkata pihaknya akan membuatnya jika diminta pelanggan.

“Kami boleh membuat layah sepanjang gaun Puteri Diana. Kami pernah membuat layah sepanjang 18 meter sebelum ini,” katanya.



Bandar romantik Suzhou yang dipenuhi taman tradisional China menjadi satu daripada pusat pakaian pengantin di China. Ramai pengantin datang untuk membeli gaun dengan harga serendah £20 (RM99).

Sumber: BHarian

12 comments:

cik aisha berkata...

buatan china mesti murah....tapi kualiti slalu xok sgt...

♥ qyla ♥ berkata...

wahh semurah itu yang fake punye . macam macam :)

spider_gurl86 berkata...

hukhuk kena g china la pulak kalu nak beli baju pengantin

kucarkacir berkata...

china mmg kuat ciplak..

amny berkata...

china memang barang murah2..^^

cemomoi berkata...

beli bju takpe jangan barang elektrik

アヌム ちゃん~~ berkata...

Salam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

mOon jOhari berkata...

China mmg suka tiru2 ni...cOntOh sila tengOk sini http://tentangboolan.blogspot.com/2011/05/daging-lembu-tiruan-la-pulakkk.html

i am S!L4H.. berkata...

ish2. kesian di ciplak. ngahaha

Noriz berkata...

takde benda yg china tak leh ciplak ek...huhu

Koding berkata...

ada negara yang membangun sebagai negara industri dengan pengeluaran produk ciplak...

Abang Chik berkata...

beli Ray ban murah2 juga kat China