15 Mei 2011

Simbah Asid Tanpa Motif Yang Jelas



Untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala-Lumpur buat masa ini, tidak lagi dapat dilakukan dengan aman. Jika anda di dalam kereta pastikan tingkap kereta tertutup rapat.

Ini berikutan kes serangan asid oleh seorang lelaki bermotosikal yang sehingga kini sudah membabitkan 23 mangsa. Lelaki misteri bermotosikal ini sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Kuala Lumpur tanpa diketahui motif.

Sehingga kini suspek masih lagi bebas. Gambar suspek telah pun disiarkan oleh pihak polis di dalam media. (Untuk melihat wajah suspek, taip perkataan 'simbah asid' dalam google search).

Kes terbaru, seorang wanita yang juga anak pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur menjadi mangsa ke-23 kes serangan asid berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Ekoran dari itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan cadangan menggubal undang-undang khas mengenai penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata cadangan yang akan dibawakan ke peringkat Kabinet dalam masa terdekat ini sebagai perlindungan terhadap wanita, kanak-kanak dan keluarga kerana ia menjadi satu trend untuk memalukan, melepaskan geram atau membalas dendam kepada seseorang terutama membabitkan individu yang dianggap lemah. (Rujuk: BHarian)

p/s: Rakyat Malaysia, terutamanya yang berada disekitar Kuala Lumpur pastinya amat berharap suspek dapat diberkas segera. Demikian juga dengan undang-undang yang akan digubal. Diharapkan penggubalannya dapat dilaksanakan segera, untuk menyekat pembelian dan penggunaan tanpa motif tertentu...

2 comments:

mcm ni lah berkata...

gambar suspek ada dalam blog saya,. jom kita sebar2 kan,.

mOon EyEzS berkata...

mOon takOt sgt sebab mOon dan adik mOon penunggang mOtorsikal...takOt sgt...tp doa dan tawakkal je la...pe busuk ati nya org ni,...