04 Jun 2011

Blogger Akan Hanya Menerima Akaun Google?



Semasa blog-walking saya dapati ramai blogger menulis tentang entri ini. Iaitu Blogger berkemungkinan akan menghapuskan blog yang tidak menggunakan akaun emel Google. Antaranya adalah entri yang ditulis oleh Amanz dan Kujie.

Antara ayat yang ditulis oleh Kuzie dan Amanz adalah:

Setelah 8 tahun Google membeli perkhidmatan percuma Blogger, Google mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Selepas 25 Jun 2011, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut.


Saya malas nak cari maklumat lebih lanjut tentang kebenaran kenyataan ini. Ada juga entri yang mengatakan Blog yang aktif selepas 2007 akan dikecualikan daripada tindakan dipadamkan walaupun menggunakan akaun emel selain Google.

Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan ada baiknya kita andaikan makluman ini betul. Dan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan ada baiknya kita tukar ke akaun emel Google. Bukannya susah. Lebih-lebih lagi buka akaun emel baru dengan Google adalah percuma, tiada bayaran pun.

Tentu anda sayang dengan blog anda bukan? Lebih-lebih lagi dengan sumber pendapatan anda dengan Nuffnang. Tentu susah kelak jika ingin memulakan dengan blog yang baru.

Kuzie dan Amanz dalam entri mereka menetapkan langkah-langkah yang mesti diikuti untuk menukar akaun emel Yahoo ke Google. Masalahnya adalah setelah selesai anda melaksanakan langkah yang dicadangkan, anda dapati anda telah kehilangan blog yang anda follow disebabkan penggunaan username yang baru dengan Google. Anda akan dapati tiada senarai blog yang anda follow dalam Reading List (Dashboard) anda.

Saya adalah antara blogger yang menggunakan akaun emel Yahoo. Saya pun cuba kaedah Kuzie dan Amanz. Sebelum saya delete usernama yang asal (emel dgn yahoo), saya sign in dengan usernama emel Google. Memang betul. Blog yang saya follow tiada.

Kemudiannya saya cari kaedah lain dengan menggunakan search enjin. Saya menemui satu langkah yang lain yang lebih mudah daripada entri saveme_zero dan seliparjepun. Kaedah yang dicadangkan ini dijamin anda tak akan hilang blog yang anda follow.

Selamat mencuba....