Nuff Atas

08 Julai 2011

BERSIH 2.0: Roadblock dan Senarai Jalan Ditutup



Esok, Sabtu 9 Julai 2011, Perhimpunan BERSIH 2.0, Berkebarangkalian Besar Pasti Akan Diadakan. Walaupun berbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan penganjur membatalkan perhimpunan tersebut, termasuk melabelkan BERSIH 2.0 sebagai haram dan tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan tersebut. Tetapi berdasarkan perkembangan terkini, tiada tanda-tanda yang menunjukkan pihak penganjur berputus-asa dan seterusnya membatalkan rancangan mereka....


Banyak laporan-laporan akhbar (termasuk akhbar online) memperkatakan tentang perhimpunan BERSIH. Antaranya mereka memperkatakan tentang Roadblock dan penutupan jalanraya.

Anda sebagai pengguna jalan raya barangkali akan menghadapi masalah dalam perjalanan anda yang melibatkan jalanraya di Kuala Lumpur. Anda mungkin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Ini kerana terdapat roadblock dan kebanyakan jalan masuk ke Kuala Lumpur pula akan ditutup. Pastikan anda mengelakkan jalan-jalan yang berkaitan agar sebarang kesulitan dapat dielakkan.

Polis Selangor mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan KTM Komuter di Selamgor mulai petang Jumaat, 8 Julai 2011 sebagai langkah pencegahan berhubung perhimpunan BERSIH tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah memberi amaran bahawa polis akan menahan individu atau kumpulan yang memiliki peralatan dan pakaian berkaitan perhimpunan itu. (Rujuk: Utusan)

Kelihatannya dalam keadaan kawalan sebegini ketat untuk masuk ke Kuala-Lumpur, jika anda tidak bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH, maka adalah lebih baik Kuala Lumpur tidak dilawati pada Sabtu 09 Julai 2011.

Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih 09 Julai 2011 (Sumber: Utusan):

1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu

6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora

11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang

16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda

21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC

26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL

31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh

36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)

41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen

46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers

51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)

56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM)

Peserta himpunan akan ditahan

Orang ramai yang menyertai perhimpunan pada Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjurkan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, polis juga boleh menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar. (Rujuk: Kosmo)

91 individu dilarang masuk KL

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin adalah antara 91 individu yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh (gambar kecil) berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mereka, iaitu 66 orang daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.

Pemimpin pembangkang yang turut dilarang berada di pusat ibu kota ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut terlibat dalam larangan itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; veteran DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menurut Amar Singh, perintah larangan itu adalah untuk mengelakkan berlaku perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

Sumber: Kosmo

2 comments:

Orang Kampung berkata...

baru aku perasan yg busuk.org tu dri akunya blog.. hahaha..

thanks you tuan blog..

cpahniza berkata...

jammed jammed jammed...