29 Julai 2011

Gua Kristal Naica Atau Gua Superman


GUA mirip dalam komik dan filem Superman yang terdapat di lombong Naica, Mexico.



LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia.


Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.

"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.

"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.

Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.

Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude.

Sumber: Kosmo









3 comments:

deqlis berkata...

subhanallah..mmg nampak cantik dan unik..

Anak_an2 berkata...

Cantik mcm org kata to.

Unknown berkata...

mmg mirip :)