02 Julai 2011

Jambatan Jiaozhou Bay, Terpanjang Di Dunia


Jambatan Jiaozhou Bay di Qingdao, Wilayah Shandong Timur China.

Pada Khamis 30 Jun 2011, China mula membuka jambatan merentasi laut yang terpanjang di dunia.

Jambatan Jiaozhou Bay sepanjang 42 kilometer (26.4 batu menurut rekod Guniness World Record) menghubungkan bandar pelabuhan Qingdao di bahagian timur China dengan pulau Huangdao.

Stesen televisyen tempatan, CCTV berkata binaan yang mempunyai lebar seluas 35 meter (110 kaki) itu merupakan jambatan yang terpanjang di dunia dan menelan belanja lebih daripada RM4.5 bilion atau 10 billion yuan ($1.5 billion USD) untuk dibina.


Bagaimanpun,agensi berita Xinhua menganggarkan cost sekitar $2.3 billion USD manakala surat khabar Britain Telegraph melaporkan harganya melebihi $8.8 billion.

Jambatan ini dibina melebihi tempoh 4 tahun dan memerlukan 81 juta kaki per padu konkrit.

CCTV melaporkan jambatan tersebut dan satu terowong dalam laut lulus pemeriksaan pada Isnin dan dibuka untuk digunakan pada Khamis.

Jambatan yang mempunyai 5,000 batang tiang itu mengambil masa empat tahun untuk siap dibina.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang di dunia sebelum ini adalah milik jambatan Lake Pontchartrain Causeway di Louisiana, Amerika Syarikat (AS).

Namun jambatan Jiaozhou Bay yang didirikan China adalah 4 kilometer lebih panjang daripada jambatan di AS itu. -AP

Sumber: MStar dan Kredit: Baulu.




Papan tanda bertulis "Shandong Highway Corp. invests to operate Shandong Highway Jiaozhou Bay Bridge" kelihatan di Jambatan Qingdao Jiaozhou Bay.


Band bermain musik semasa upacara perasmian Jambatan Qingdao Jiaozhou Bay.


Jambatan Qingdao Jiaozhou Bay dilihat dari Qingdao, Wilayah Shandong.







Foto Oleh: China's Xinhua News Agency.
Sumber Foto: Yahoo.

Mari kita lihat betapa panjangnya jambatan tersebut melalui imej video ini.



Agak-agak berapa USD bayaran tol dikenakan kepada pengguna setiap kali mereka menggunakan jambatan tersebut??

7 comments:

Tinta Lana berkata...

Macam tembok besau china pun ada T____T kehkehkeh

Afiqa Dayana berkata...

wahh, panjangnyee and lawaaa :) hehe

Teroka berkata...

Panjangnye...macam jambatan melaka ke gunung ledang...

hanis ihsan berkata...

takot plak nak lalu. huhuhu

wanacesh berkata...

panjang giler kot,,tpi nmpk macam tinggi kat awan jer,,membazir la buat gini,,baik tolong rkyat china yg miskin tu

KRL kaprileader berkata...

lumba jambatan lagi baik dari lumba bangunan tinggi

fupinz berkata...

datang berkunjung