14 Julai 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia



Pada 22 Jun 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di Stesen LRT Kelana Jaya. Kedai Rakyat 1Malaysia ini (dan kelak semua cawangannya di seluruh Malaysia) adalah di bawah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.


"Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara,” kata Perdana Menteri.

Menurut Najib Kedai Rakyat 1Malaysia ini turut memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan.

Sumber: Bernama

Pada 13 Julai 2011, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 24 Kedai Rakyat 1Malaysia akan beroperasi di sekitar Lembah Klang sebelum hujung tahun 2011.

"Pada tahun hadapan kerajaan akan membuka 60 buah kedai lagi, menjadikan 84 buah Kedai Rakyat 1Malaysia. Kerajaan akan terus memperluaskan kedai seumpama itu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi kita produk 1Malaysia itu yang lebih penting kerana harganya 40 peratus kurang daripada produk-produk lain. Harga produk 1Malaysia murah sebab tiada brand, kaedah pembungkusannya mudah dan dibeli secara pukal namun kualitinya tetap bermutu," katanya.

Kedai Rakyat 1Malaysia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat di pasaran.

Sumber: BERNAMA

0 comments: