14 Julai 2011

Pengeluaran Kesihatan KWSP: Senarai Penyakit Kritikal Diperluas



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa 15 ulai 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.


"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” katanya.

Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.

Pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata, bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.

"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Pencarum boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.

Sumber: Bernama



PENGELUARAN KESIHATAN KWSP / EPF HEALTH WITHDRAWAL:
SENARAI 55 PENYAKIT KRITIKAL / LIST OF 55 CRITICAL ILLNESSES


1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma

11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns

21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease
30. Poliomielitis / Poliomyelitis

31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis

41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)

Senarai 3 Jenis Penyakit Mental / List of 3 Mental Illnesses:
50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression

Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun / Additional 3 critical illnesses for members and family members below the age of 16:
53. Lelah/asma yang teruk / Severe Asthma
54. Leukimia / Leukaemia
55. Kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit / Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness

Sumber: KWSP

0 comments: