07 Julai 2011

Malaysia Kumpulan C, Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012

Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012
Kumpulan C: Malaysia, Jepun, Syria, Bahrain.

Jadual Perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012:
1. Malaysia Vs Jepun: 21 September 2011, Venue: Jepun
2. Malaysia Vs Syria: 23 November 2011, Venue: Kuala Lumpur
3. Malaysia Vs Bahrain: 27 November 2011, Venue: Kuala Lumpur
4. Malaysia Vs Bahrain: 5 Februari 2012, Venue: Bahrain
5. Malaysia Vs Jepun: 22 Februari 2012, Venue: Kuala Lumpur
6. Malaysia Vs Syria: 14 Mac 2012, Venue: Syria

Perlawanan Persahabatan Menentang Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL)
1. Malaysia Vs Arsenal pada 13 Julai 2011, Venue: Std Nasional Bukit Jalil, 8.45 p.m.
2. Malaysia Vs Liverpool pada 16 julai 2011, Venue: Std Nasional Bukit Jalil, 5.45 p.m.
3. Malaysia Vs Chelsea pada 21 julai 2011, Venue: Std Nasional Bukit Jalil, 8.45 p.m.



Malaysia berhadapan misi getir bila diundi bertemu dengan pasukan yang telah lapan kali layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik iaitu Jepun, dalam perlawanan pertama saingan kumpulan C pada 21 Sept 2011.

Jurulatih skuad Olimpik Ong Kim Swee mengakui cabaran berada dalam kumpulan C pastinya getir kerana tiga pasukan iaitu Jepun, Syria, Bahrain mempunyai corak perlawanan yang berbeza.



Ong Kim Swee menunjukkan saingan Kumpulan C dalam tulisan Jepun. - BERNAMA

"Kita sedia maklum Jepun telah lapan kali ke Olimpik. Ia sememangnya satu permulaan cabaran yang sukar buat Malaysia, lebih-lebih lagi perlawanan pertama berlangsung di negara mereka. Malah mereka merupakan juara Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Beliau berkata bertemu dua jaguh Arab dan satu jaguh Asia merupakan cabaran yang berbeza dan cuba mendapatkan perlawanan persahabatan seperti menentang skuad Korea Selatan, untuk mengenal corak permainan Jepun sebelum ke kelayakan tersebut.

"Namun sebagai persediaan awal menentang Jepun nanti, pasukan Olimpik akan diberi tugas menentang Chelsea sebelum 25 pemain dipilih menyertai kem latihan berkampung di Vion, Slovakia dari 23 Julai hingga 28 Ogos ini," katanya.

Skuad Olimpik diberi kesempatan untuk menguji Chelsea selepas skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K. Rajagobal terpaksa memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Singapura bagi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 Julai dan 28 Julai 2011.

Mengenai perlawanan kedua menentang Syria pada 23 Nov depan, pihaknya akan memohon dan berbincang dengan penganjur temasya Sukan SEA untuk menunda atau mempercepatkan jadual perlawanan ke tarikh yang sesuai memandangkan Malaysia sahaja yang mewakili Asia Tenggara ke kelayakan Olimpik tersebut.

Temasya Sukan SEA akan berlangsung dari 11 hingga 25 Nov.

Sebanyak 12 pasukan yang layak dari pusingan kedua kelayakan Olimpik termasuk Malaysia diundi kepada tiga kumpulan.

Dua lagi kumpulan iaitu kumpulan A ialah Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman sementara kumpulan B dibarisi Australia, Iraq, Uzbekistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Juara dalam setiap kumpulan iaitu tiga pasukan akan layak ke perlawanan temasya Sukan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun tiga naib juara dalam setiap kumpulan perlu bermain dalam perlawanan kelayakan 'play off' untuk bersama tiga juara dalam setiap kumpulan ke London.

Skuad Olimpik melangkah ke pusingan ketiga selepas menewaskan Lubnan dengan agregat 2-1. Terdahulu skuad kendalian Ong tersebut mara ke saingan kedua selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat.

Sumber: BERNAMA

0 comments: